Monday, 11 February 2019

Kembara Eropah (Chamonix-Annecy) Day 9 - Part 2




dah sampai ke stesen bas yg sama masa datang pagi tadi..
sampai je dekat hotel terus aku ambik barang2 kat dalam bilik n check-out, naik bas n stesen yg sama je macam pagi tadi, dah selesai semua aku drive balik ke bandar chamonix, tengok2 buat kali terakhir n sambung shopping sikit lagi sebelum bertolak ke destinasi seterusnya...

parking setengah jam je so free..
goodbye Chamonix...
tempat cantik, scenery masa memandu pun cantik, standby camera je siap2...
next destination chamonix - annecy

sepanjang perjalanan mata takkan mengantuk dengan pemandangan2 sebegini...



dari sini hingga ke paris kena bayar tol, haritu dari brussels sampailah ke germany satu tol pun tak jumpa...
tekan interkom tu tanya 'toll free boleh?'
dalam sejam memandu di highway dah jumpa exit next lokasi kita, Annecy.. bukan apa, tengok masa banyak lagi dan cukup untuk nak explore satu lagi tempat, apalagi...

tadi mintak toll free tak dapat so bayar jugaklah...
aduhh dah mcm myvi je merc ni dekat sini, harga pun murah, kalau dapat bawak ke malaysia tak kena tax memang bestlah...
2 jam - 2 euro, pergi print tiket dekat mesin auto berdekatan...
payah orang bajet2 model ni.. oh kereta parking dekat apartment belakang tu...

lake annecy, france
tasik kebiruan berlatarbelakangkan gunung ganang...
harga untuk aktiviti2 disini, kalau ada budak2 pun seronok ni, air pun punyalah jernih sampai nampak dasar..


cam best je lepak baring2 atas padang tu, japgi nak trylah..
selamat pengantin baru..
dock untuk bot2 kecil, bersusun sampai hujung sana, aku rasa ni private punya ni..
mamat sebelah kaklong ni pakai adidas nmd R1 (tetibe)
melayan lepak2 dulu dengan kaklong sambil tengok gelagat orang..

so suwit...

ni another part of annecy, jom pusing2..
kebanyakannya bangunan lama2, suka aku tengok..

berjalan melalui celahan bangunan ni, banyak kedai dan cafe2, orang pun ramai..



deruan lake annecy mengalir terus hingga kesini...



palais de i'isle


settle satu lagi tempat..
bot besar ni jalan ke tak, dari tadi sampai sekarang tak bergerak2 pun...







taman awam untuk kanak2, parents pun sama naik...
tengok orang ramai2 lepak atas rumput ni tadi dia pun nak, layankan je...
pusing2 dekat annecy tadi dekat 2 jam jugak, sempatlah makan sekali, hari pun dah petang, boleh dah gerak ke Macon untuk check-in hotel...
next destination annecy - macon
banyak pulak tol nak menghala balik ke paris ni..
resit2 tol yg dibayar
singgah RnR kejap..

berjalan kemana2 pun berdua jelah dengan kaklong, kongsi pengalaman dan ingatan manis kemudian hari...
sambung perjalanan..
yup, ambik exit Macon Sud tu, pilih hotel yg kena dengan laluan tujuan destinasi kita so takdelah melencong jauh sangat..
penginapan kami malam ni, hotel ibis budget Macon Sud.. (credit google image)
cantik n bersih biliknya, ensuite bathroom, bilik selesa badan pun segar untuk travel esok..
38.35 euro, lebih kurang rm 190..
shhh!!! bonne nuit...

EXPENSES DAY 9
Tol2                             : 32.70 euro
mont blanc cable car  : 60x2 euro
parking annecy           : 2 euro
hotel                           : 38.35 euro
             total   = 193.05 euro / rm 978.00

2 comments:

  1. Salam Khairul, masa buat itinerari ni, macam mana awak pilih tempat mana yang nak singgah? Ada baca dari mana-mana blog ke, atau survey sendiri dekat internet? Memang serius cantik-cantik tempatnya, kalau ada rezeki saya teringin nak pergi. Senang aje, dah boleh follow itinerari awak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama sekali pada sy, kita mesti kena tau apa keinginan kita bila nak travel, ada orang suka bandar, scenery, shopping etc, jgn ikut2 orang.. kalau yg dah biasa travel sendiri rasanya dah takde masalah nak predict untuk next travel, basicnya sama je.. Sy ada belek2 blog malaysia dan study website luar, cari maklumat di website asal negara yg kita nak pergi untuk info2 keadaan yg lebih tepat dan terkini.. untuk blog malaysia sy cadangkan blog kawan sy NUARNEEDA, dia banyak perincikan detail perjalanan, tips yg bagus dgn kos sekali.. nak pergi ke europe? cadangan yg bagus tu, ambik masa cuti lama sikit sekurang2nya 2 minggu.. sy cadangkan pergi bulan september atau mac..

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.