Thursday, 14 February 2019

Kembara Eropah (Annecy-Paris) Day 10


22.10.2017 Ahad. Day 10
untuk harini tak banyak tempat yg diatur dalam itinerary sebab nak ke paris pun dah 4 jam lebih pemanduan biasa, campur2 berhenti lagi mau 5 jam jugak, macam hari2 sebelumnya lah, dari 2 jam pergi sampai dekat 4 jam pun ada, berhenti yg tak dirancang sebab banyak jumpa pemandangan yg cantik2, dah banyak jalan2 sightseeing so harini agendanya nak cuci2 mata shopping di La Vallee Village, outlet terkenal di Paris...
pukul 8 pagi, dah siap2 nak bertolak, yg dalam kereta tu dari semalam dah tanya2 pasal shopping..
boleh tahan jugak perbezaan harga kalau walk-in..
418km nak harung pagi ni, sampai tempat shopping nanti boleh rehat lama sikit sambil2 shopping..
highway tenang seperti biasa, perjalanan pun dipermudahkan setakat ini walaupun aku berdua je dengan kaklong yg tak berapa nak membantu..



dekat 3 jam drive, berhenti kejap dekat RnR Auxerre..
tandas semua main auto n button2, termasuk pintu..



lokasi stesen2 dan harga petrol untuk hari ini..

serius! inilah snek paling sedap dalam trip ni, konon2 beli lebihlah nak bawak balik m'sia last2 habis makan dalam kereta je, tak berhenti ambik celup dalam coklat tu sambil drive, layan betul...



petrol stop..

tol lagii...
aku redah masuk je, tak peduli dah lorong cash ke kad..
29.50 euro untuk 400 km, amacam?

pukul 1 pm, sampai jugak setelah 5 jam memandu, boleh tahan..
la vallee village entrance
hari ni ahad so ramai jugaklah manusia.. besar tempatnya, ada 2 bahagian, 1 bangunan yg style2 macam dalam gambar ni, 1 lagi indoor mall..
antara brand2 yg sempat diselit, murah..


lepak mengopi dulu..
barista rare punya..
starbucks la vallee village, france..
tadi hujan sekejap, elok berhenti je terus ajak kaklong lepak luar..
tekun guna wifi free..
ini lagi satu mall bersebelahan outlet tadi, kira lamalah jugak aku kat sini pun tak habis masuk semua butik, luas betul..
kedai ni selalu jadi perhatian aku sebab kat kl atau online sinilah aku suka shopping..
dah lewat petang ni, cukup2lah tu, simpan2 sikit untuk shopping dekat london nanti, katanya dekat sana lagi best, kita tengok nanti..
style betul yg menjual jajan pun..
pengunjung masuk tak putus2, seluas2 parking pun penuh..
yg dekat belakang aku tu couple korea, anaknya 2 orang dalam stroller, comel2, geram aku tengok..
setengah jam untuk ke penginapan malam ini, hotel yg sama masa hari pertama.. senang duduk sini, access mudah untuk drop kereta n public transport untuk ke airport dan bandar..
sampai sedang elok matahari nak tenggelam..
kaklong dan nasinya, dah makan benda lain pun tak jadi jugak, mesti nak nasi...
Lepas makan rehat2 terlelap terus kaklong, penat sangatlah tu gayanya padahal aku yg teruk drive semua, takpelah, eloklah dia tidur awal, atleast bangun esok badan dah recharge nak explore bandar paris dalam masa sehari, banyak nak pakai tenaga tu...setakat ni aku ok lagi, dah takde teman ni aku keluar jalan2 dekat luar sorang2, saja ambik angin sambil2 tengok orang...

EXPENSES DAY 10
petrol       : 30.00 euro
tol            : 29.50 euro
hotel        : 35.00 euro
           total : 94.50 euro / rm 479.10 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.