23.10.2017 Isnin. Day 11
seawal 7am hari ni aku bersiap2 untuk hantar kereta balik ke paris airport, dekat sangat pun dengan hotel, boleh je nak hantar lewat tapi takkanlah nak jalan2 dalam bandar paris dengan kereta, memang taklah dengan jem dan sesaknya, naik train kan senang, boleh explore serata ceruk paris, tak payah pening2 nak redah jem dan cari paking, tapi kalau nak jugak bawak kereta dalam bandar ni boleh je, takde masalah, barulah adventure namanya kan...
sekejap sangat pun drive dah nak sampai airport..
total driving distance aku kali ni, 3240km!
sampai di sixt car rental, aku masuk jumpa staff dia untuk drop-off kunci, dia just ambik kunci dan ckp thank u, eh tu je!, senang betul ni..so kesimpulannya ambikla company yg establish kalau nak sewa kereta di oversea, servis yg professional dan tak menyusahkan pelanggan, terbaik SIXT..
dari tempat sewa kereta tadi pun dah nampak entrance airport ni, masuk lepas pintu terus nampak ticket&info counter untuk beli metro train ticket..
panjang sangat explanation dia pun, bagi aku yg senang je cik kak, tiket yg cover semua area paris termasuk airport, so total untuk 1 orang cover area 1-5 termasuk airport return unlimited sehari berharga euro 27.80.. cuba tengok harga kalau ambik single journey ke paris sahaja, itupun dah euro 11.40, yg peliknya kenapa naik bas lagi mahal, dahlah lagi lambat..
mau simpan beg pun kena beratur...
lepas beli tiket tadi aku berjalan ke tempat simpan beg di airport ni, agak tak patutlah kalau nak berjalan seharian dengan menggalas beg gedabak kat belakang ni kan, luggage tarik yg paling besar aku dah tinggalkan dekat hotel F1 pagi tadi, nak balik kl nanti baru ambik, so aku decide untuk simpan sementara beg2 yg aku bawak ni dekat sini dan ambik balik petang nanti bila nak check-in ke london.. lokasi dia memang laluan nak ke train station so senang nak jumpa, ramai jugak rupanya yg nak menyimpan beg ni, sampai turn aku dia suruh timbang dan letakkan dekat conveyer yg akan tarik beg kita kedalam tempat simpanan, sistem yg sebijik macam nak check-in luggage dekat airport, tapi tulah, canggih tu akan datang sekali dengan harga, untuk 1 beg galas besar dan 1 beg kecik kaklong dicaj euro 24.00 untuk tempoh sehingga pukul 7pm sahaja, mahal betul...
24 euro untuk 1 beg besar, 1 beg kecil dengan berat 21kg..
turun escalator ke bawah sekali akan sampai ke paris metro station..
banyak option dari airport ke bandar, aku pilih RER train sebab paling cepat..
sekejap je tunggu train dah sampai, kebanyakan train2 dari sini menuju ke pusat bandar, cuma pastikan dekat mana kita nak turun je, masuk ke dalam gerabak dah mula drama scammer2 kat paris, aku buat tak tau jelah, settle..
map paris metro yg aku guna http://metromap.fr/en
ok kita turun dekat stesen notre-dame dulu, aku belasah je ni, tak plan apa pun, ikut gerak hati je, santai2 sudah...
'sortie', terngiang2 sampai sekarang ha3..
keluar je dari underground station inilah suasananya..
im in paris...
oo inilah notre-dame..
aku suka paris sebab seni binaannya..
kat sini aku borak2 dengan kaklong pasal scene animation Ratatouille, Remy si tikus yg nak kena buang dalam sungai di paris oleh Linguini, haha sebijik betul..
berjalan kaki dari notre-dame ke musee du louvre..
bangunan yg mengelilingi musee du louvre..
musee du louvre |
tak masuk, tengok yg beratur pun tak selera dah..
arch kat sini semuanya saiz besar2..
Parking? ada..
jalan2 ikut je mana kaki melangkah..
metro station di mana2, so tak payah risau sesat ke apa, turun je station dah boleh pergi mana2 tempat yg kita nak pergi..
ok sekarang kena bukak map yg aku print sebab nak pegi tengok arc de triomphe, yg ini kalau main belasah jugak conform cari pasal... so untuk ke arc de triomphe dari sini kalau dirujuk dekat map kena naik yellow line (semua line2 train dibezakan dengan warna) dan turun di Charles de gaulle-etoile (rujuk gambar), melepasi 3 stesen lain jugak tu sebelum sampai, tapi tak perlu tukar line (ada sesetengah tempat memerlukan kita untuk tukar line), ada sesetengah stesen tu akan buat kita pening sebab banyak sangat stesen berkumpul satu tempat, so kena tengok betul2 warna, angka dan nama stesen yg kita nak naik..
suasana penumpang didalam metro train paris..
ok dah sampai, jom turun, kalau terlajak ke tidur ke akan terus ke stesen akhir La Defense.. takdehal punya, patah baliklah, kata unlimited, apadahal..
muka orang yg konon2 pening fikir pasal plan trip ni..
arc de triomphe, paris |
besar rupanya arch ni, selalu tengok dalam gambar ingat kecik je, boleh naik sampai atas tu, hampir tak perasan ramai orang kat atas..
hati2 sikitlah dengan barangan yg kita bawa bila lalu di tempat yg ramai macam ni especially dalam train..
sekarang ni kita nak pergi tengok Eiffel tower tu dari Trocadero so kena ikut line hijau nombor 6 tu, jom...
dari stesen sama naik line hijau no 6 turun di stesen Trocadero..
banyak berdiri sebab seat tak banyak dan biasanya penumpang ramai, mujur tak jauh..
tu dia Eiffel Tower...
Ahmad si penjual souvenir yg baik hati, kira oklah bahasa melayu dia walaupun tak fasih sangat, banyak jenis souvenir dia jual, aku beli semua souvenir2 paris dari dia dengan harga yg sangat murah..
next kita nak pergi hard rock cafe paris so kena guna line no 9 Trocadero ke richelieu-drouot..
hard rock cafe paris |
santai2 sebentar di starbucks berdekatan hard rock cafe..
barista french kita harini..
lepak2 sambil fikir mana nak pergi lepas ni, semua decide onthespot..
stesen turun tadi..
sibuk dekat sini, laluan pejalan kaki pun penuh orang lalu lalang, lama jugaklah aku dengan kaklong jalan2 tengok orang2 paris ni..
ini dah dekat connecting escalator antara station invalides, nak pegi tengok eiffel tower dari dekat pulak, so dari stesen richelieu-drouot tadi aku naik line purple no 8 dan turun di stesen Invalides, tukar ke line kuning dan turun di stesen Bir-Hakeim untuk ke Eiffel tower.. metro paris ni banyak option route kalau nak ke mana2, tak semestinya ikut route yg sama macam ni, tinggal lagi cepat dengan lambat je masa perjalanan, terpulanglah..
yg dekat cermin tu bukan seni, itu vandalisme..
mujur pass kita unlimited, boleh sesuka hati turun naik train, kalau tak masaklah nak bayar tiket per-ride..
bir-hakeim station..
haa tu mesin kalau nak beli tiket train..
eiffel i'm in love..
![]() |
Eiffel tower, Paris, France.. |
menunggu di station bir-hakeim untuk ke shopping mall terkenal di paris, galeries lafayette..
dapat jugak merasa duduk.. turun di station lafayette..
galeries lafayette |
cantik dan mewah mall ni..
di ground floor menempatkan booth perfume paris yg terkenal diseluruh dunia..
bertingkat2 jugak..
beratur yg nak masuk LV..
connecting bridge ke wing sebelah..
punyalah leka berjalan sana sini tak sedar dah lewat petang, nak kena gerak ke airport dah sebab flight ke london pukul 9pm, lagipun sekejap lagi warga paris dah mula balik kerja, jalanraya dan pengangkutan awam pun sama je sesaknya time2 macam ni, sebelum apa2 baik kita gerak dulu ke airport..
40 minit perjalanan guna train RER untuk ke airport cdg..
5.30 pm sampai di paris CDG airport.. |
So kalau tanya aku cukup ke sehari je nak pusing bandar paris? nak cantik pada aku 2 hari sedang elok kalau yg jenis redah banyak negara sekali travel, kalau yg memang datang paris sahaja lain cerita.. kalau nak explore betul2 sebulan pun tak cukup kan...
beg yg simpan dekat sini pagi tadi jangan lupa ambik..
inilah rupanya, bagages Du Monde..
laluan menuju ke kaunter check-in..
selesaikan urusan untuk boarding dan bag drop dulu, ada masa lagi nak makan dan rehat2 sekejap..
Londres??
malam ni penerbangan ke london takde delay kalau diikutkan di paparan skrin, so agak2 nak dekat dah masa aku terus ke boarding gate..
gate kita A47
semua on-time, cantik..
jomm, ke london kita..
London-Heathrow airport, waktu di london awal sejam jadi flight mendarat pukul 9.10pm waktu tempatan..
ada connecting train untuk ke main terminal macam di klia, cantik..
menunggu beg sampai..
urusan di kaunter passport dan imigresen berlalu tanpa ada sebarang masalah, cuma dia tanyalah sikit2, nak menyenangkan kerja aku hulurlah segala dokumen2 travel untuk makluman dia then dia bagi balik dan lepas tanpa banyak soal..
menunggu bas 'Hotel hoppa' di luar pintu terminal untuk ke tempat kereta sewa, tunjukkan salinan bukti sewa kereta pada pemandu bas, kalau tak bayaran 5 pound per person akan dikenakan..
bas tak banyak seat sebab kemudahan banyak untuk letak beg, berdiri jelah, bagi orang tua2 duduk, lagipun 5-10 min je..
easirent car rental heathrow, mula sewa pukul 10pm, sedang elok sampai pukul 10.30pm..
kadar sewa 48 pound full coverage insurance untuk 2 hari, kalau tak ambik extra insuran harga kurang setengah.. deposit petrol 95 pound guna kad dan akan dipulangkan masa hantar kereta..
tengah tunggu giliran nak ambik kereta aku, setengah jam jugaklah urusannya sebab ramai jugak yg nak ambik kereta time2 macam ni..
ok cantik, kereta dah dapat, jenis ford fiesta, bertukar ke stereng kanan pulak kita..
8km drive ke hotel malam ni..
travelodge hotel untuk penginapan malam ni, harga 1 malam 35 pound, aku pilih hotel ni sebab dia dekat dengan tempat sewa kereta tadi, tak larat dah nak drive jauh2 lepas seharian travel ni, lagi 1 lokasinya sejajar dengan tempat yg aku nak pergi esok..
pamphlet info di reception hotel..
bilik yg cukup luas dengan 4 katil, bilik air pun dekat dalam, apa lagi nak..
bukak2 tv ini yg naik..
malam ni betul2 rasa badan lenguh dan penat so bila dapat baring tu nikmatnya lain macam, sambil2 baring tu on la tv, mak aii, tak sensor langsung!, inipun aku dah blur kan.. so kalau parents yg bawak anak2 sekali kena jagalah... jadi selamatlah malam ni seharian berjalan dengan pengalaman baru..
EXPENSES DAY 11
metro train ticket 2 person : 55.60 euro
luggage storage : 24.00 euro
Return flight Paris-London 2 person : 244.30 euro
London car rental 2 days : 48.00 pound
travelodge London : 35.00 pound
TOTAL : 323.90 euro+83.00 pound = rm 2076.00
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.