18.10.2014 sabtu.
hari terakhir aku di perth ni, bangun pagi agak awal sebab nak simpan dulu segala beg2 di airport, hantar kereta sebelum pukul 9.15 am dan meronda2 di bandar menggunakan public transport, flight balik ke kl pukul 4.00 pm jadi masih banyak masa untuk diluangkan di bandar perth..
 |
lepas breakfast dalam pukul 7.00 am aku terus bergerak ke airport, hari ni sabtu hari cuti jadi memandu di awal2 pagi jalan masih lengang, dalam setengah jam dah sampai airport... |
 |
locker tempat simpan beg yg terletak betul2 di seberang jalan berhadapan pintu masuk airport, parking je sekejap kemudian simpan beg dalam locker dibawah signboard besar ni, ada banyak saiz locker, aku ambil yg berharga 12 aud... |
aku simpan semua beg2 yg besar dalam locker ni, semuanya ada tiga beg besar, backpack aku, wife dan beg kain besar yg penuh dengan baju dan souvenir, semuanya boleh muat dengan selesa dalam 1 locker ni...kemudian aku kembali menghala ke perth city, tengok2 jam masih ada masa lagi, sempatlah pusing2 kali terakhir dengan kereta ni sebelum dihantar kembali, sebelum hantar kena isi petrol bagi penuh balikla, tak banyak pun, dalam 20 aud dah penuh...
 |
pukul 9.00 am dah sampai ke aries car rental, tengah tunggu staffnya datang untuk check kereta, bila dia datang aku tanyalah nak kena basuh dulu ke kereta ni sebab kotor yg amat siap penuh dengan unggas yg melekat kat depan, maklumlah kan berjalan sampai ke kampung2, tengok dalam gambar ni tak berapa jelas kotornya, staff tu cakap tak perlu basuh pun takpe, dia cuma datang check kalau ada apa2 kecederaan pada kereta... |
 |
mileage yg aku set 0 masa ambil kereta ni menunjukkan angka 1631.7 km jumlah perjalanan keseluruhan, kira jauh jugakla aku travel dengan kereta ni... |
selesai urusan pemulangan kereta tanpa sebarang masalah, staff tu bagitahu yg deposit penuh akan dipulangkan dalam masa 10 hari jika tiada sebarang saman atau hal2 lain sepanjang tempoh penyewaan, lepas dua minggu aku check duit deposit dah masuk dalam jumlah penuh, lega...
 |
dari tempat sewa kereta berjalan kaki ke hotel, masuk bilik untuk check kali terakhir kalau2 ada barang yg tertinggal dan terus check-out.. semalam aku parking kereta dekat belakang kereta dalam gambar tu... |
 |
jadual bas awam untuk bandar perth, semua jenis bas untuk laluan dalam bandar tiada sebarang bayaran dikenakan... |
 |
kawasan dalam garisan merah adalah 'free transit zone' esplanade busport tu kira macam puduraya la kat tempat kita... |
 |
bas yg aku naik dari domestic airport ke perth CBD masa sampai tempoh hari menggunakan laluan merah, boleh dilihat dalam peta diatas laluan yg digunakan, bas ni merupakan pilihan yg paling murah kerana ia adalah dari jenis bas henti2, laluan hijau pula merupakan bas direct dari international airport ke perth CBD dan boleh terus dinaiki dari international airport dan harganya lebih mahal, dalam 10aud tak silap aku..sebagai contoh jika kita hendak ke fremantle dari dari airport harus menggunakan bas laluan hijau atau merah untuk ke perth CBD terlebih dahulu kemudian tukar bas laluan biru untuk sampai ke fremantle, train juga disediakan dari perth ke fremantle... |
 |
jalan2 di bandar perth dengan berjalan kaki dan guna bas free... |
 |
perth government house |
 |
taman awam di tengah bandar... |
 |
pagi sabtu yg tenang... |
 |
london court |
 |
ducati panigale, mahal motor ni, owner rilek pakai seluar pendek.. |
seronok berjalan tengok2 jam pun dah nak pukul 12.00, eloklah ke esplanade busport, kena sampai awal sikit dekat airport, nak menguruskan luggage dan check-in flight.. masuk ke dalam terminal esplanade ada tangga laluan ke bawah tempat menunggu bas...
 |
ambik laluan route no 40 dari esplanade busport ke perth airport, bas yg sama masa sampai dari airport haritu... |
 |
tunggu bas dekat sini... |
 |
tak ramai pun dalam bas ni, kagum sekejap dengan sikap kebanyakan penumpang yg akan cakap 'thank you' pada pemandu bas masa nak turun... |
 |
sampai di terminal t3 domestic airport macam biasa kena tukar bas ke international t1 airport.. |
 |
t3 dan t4 adalah domestic airport sementara t1 dan t2 adalah international airport, jarak menaiki free shuttle bus adalah sekitar 10 minit sahaja... |
 |
resit locker ni jangan buang pulak, karang jenuh nak bukak locker takde password... |
 |
ini adalah semua beg2 yg disimpan dekat dalam locker tu, dari luar nampak kecik, tapi jangan tertipu sebab locker nya memanjang ke belakang... |
lepas ambik beg aku terus masuk ke dalam airport untuk urusan luggage dan check-in, ada masa lagi ni, aku beli hot chocolate dari cafe airport menggunakan baki duit syiling yg ada kemudian duduk di kerusi panjang yg disediakan di luar airport..sampai masa aku dan wife ke boarding gate, flight berlepas tepat pukul 4.05 pm...
 |
nasi lemak ni order dalam flight berharga rm19.00, mineral water tu rm4.00..okla, nak murah order online siap2... |
Flight mendarat di klia 2 mengikut jadual, touchdown pukul 9.45 pm, selesai urusan di kaunter imigresen dan ambil beg kawan yang jemput kami pun dah tunggu di luar, selamat..
perbelanjaan hari ke 7
petrol = 22.70 aud
locker = 12.00 aud
perth-airport bus 4.40x2 = 8.80 aud
mentos = 2.00 aud
hot chocolate = 5.30 aud
airasia meals
nasi lemak = rm 19.00 / 6.35aud
mineral water = rm 4.00 / 1.35 aud
total = 58.50 aud / rm 175.50
jumlah belanja hari 1 hingga 7 = 1513.10 aud / rm 4539.30
airasia tiket = 454.70 aud / rm1364.00
luggage check-in 20kgx2 = 52.70 aud / rm 158.00
jumlah keseluruhan perbelanjaan
2020.50 aud / rm 6061.30
Jumlah di atas adalah perbelanjaan keseluruhan termasuk souvenir, kalau nak kira kos wajib sahaja lebih kurang rm 5000 dah cukup untuk 2 orang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tamat
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.