Tuesday, 4 April 2017

Kembara Australia (Augusta-Bunbury) Day 4

15.10.2014 Rabu.
hari ini hari keempat kami di bumi kangaroo, setakat ni semuanya berjalan lancar seperti yg dirancangkan, masalah2 kecil tu biasala... pagi ni macam biasa setelah wife menyiapkan bekalan nasinya dalam pukul 8.00 pg aku bertolak ke destinasi seterusnya di margaret river, malam ni akan menginap di yha hostel bunbury...
jom...

destinasi pertama yg dah diset adalah margaret river, tempat ni terkenal kerana industri wine nya, bagi kita ni jalan2 jejak kaki dah cukup...tak jauh pun, dalam 40 minit perjalanan dah sampai...

baru jalan dah berhenti, bergambar punya hal...
nampak gebu rumput kat padang ni...
pemandu disini sangat berhemah, takde nak cucuk2 walaupun kita drive slow, nak masuk balik lepas memotong punyalah jauh jaraknya, siap bagi signal, respect...
perjalanan diteruskan lagi dan tak lama pun lepas tu sampaila margaret river...
apa2hal cari parking dulu, best kat sini kebanyakannya parking free..
yg best area luar bandar macam ni aku suka sebab aku tak nampak pendatang, semua muka orang dia je...
coles dah jadi supermarket favourite kami kat sini, harga pun murah, masuk kejap nak tambah bekalan..
pegang je sayur tu, tak beli pun..
kasut mana kaklong?? ada jugak aku perasan dekat albany aritu orang berjalan tak pakai kasut...
dah selesai amik roti dan beras terus ke kaunter bayaran, cash lane ada 1 je, yg lain semua pakai self machine pay..
aku tak explore semua tempat pun di margaret river ni, hanya singgah di tempat yg kena laluan perjalanan aku sahaja...
taman rekreasi untuk penduduk2 margaret river
kat mana2 tempat rehat awam mesti ada BBQ pit ni, terjaga dengan baik...
perjalanan diteruskan lagi menghala ke busselton dengan pemandangan ladang anggur di kiri jalan, dah nama pun wine region, takkan nak tanam tembakau pulak kan...
busselton...bandarnya lebih moden...
parking di kawasan busselton jetty ini sangat luas, mesti jadi jadi tumpuan orang ramai hujung minggu, masa aku sampai sini hari bekerja pun ramai pengunjung..
busselton jetty

keluar dari busselton jetty nampak stesyen minyak ni, aku isi jugak sikit walaupun tangki masih banyak berbaki...
pilihan ron91 hingga ron98
harga2 petrol untuk semua jenis, aku isi 20aud..
pasaraya sebelah caltex tadi, awal betul dia bukak..
seterusnya aku bertolak ke bunbury yg mengambil masa lebih kurang sejam dari busselton, jalannya pun senang je sebab pakai highway, tol memang takdelah area western australia ni, kalau ada tol jenuh jugakla nak membayar seminggu berjalan ni, cuma kena hati2 dengan speed trap, kadang2 polis akan buat operasi speed trap di tempat yg tak disangka2 macam yg aku kena dekat area denmark kalau tak silap, masuk je pekan yg speed limitnya 50kmh elok je dia duduk tembak kita pakai speed camera, mujur aku tak bawak laju masa tu, kalau tak masakla nak membayar saman...
dah sampai di yha hostel bunbury, hostelnya yg nampak seberang jalan tu...parking kena bayar, nak yg free boleh parking belakang hostel tapi agak terhad..
komputer dan internet disediakan di kawasan lobi tapi kena bayarlah..
info board aktiviti2 yg boleh dilakukan disini..
aku sampai hostel ni lebih kurang pukul 2.30, ingat nak check-in dulu tapi kaunter reception tutup, rehat katanya, hadoi ni yg lemah duduk hostel ni..terpaksala aku pergi jalan2 dulu dekat area bunbury ni, ingat boleh check-in nak rehat2 letak beg kejap..abis pusing2 area bunbury aku pergi masuk pasaraya coles, besar coles kat sini, macam carrefour wangsa maju, siap ada lot2 kedai di dalamnya...
jalan ke pantai bunbury, tak jauh pun dari hostel, lebih kurang 5 minit drive...
pukul 5pm aku patah balik ke hostel untuk check-in, memandangkan tiada aktiviti disini aku terus masuk cari parking dibelakang hostel, kebetulan ada ruang kosong aku terus masuk park kereta..di kaunter reception seorang warga malaysia keturunan india menyambut aku, katanya dah setahun lebih berada disini tapi aku tak ingat dia datang belajar atau berhijrah terus ke australia ni...setelah diterangkan info2 tentang hostel ni aku diberi kunci bilik yg terletak ditepi kaunter sahaja, aku ambik bilik berdua, yang lain2 ada juga shared bedroom...
inilah rupa biliknya, katil untuk 3 orang...
tak besar pun,kalau sekadar untuk tidur sahaja ok..
masalah hostel ni bagi aku adalah ruangnya yg agak sempit, sempit kalau murah betul takpe, ini 75aud jugak semalam..nak pergi toilet pun kena melalui ruang legar yg penghuninya tengah lepak kat depan bilik dan orang yg mundar mandir kesana sini, kesian dekat orang perempuan lah, shower space memang ngam2 untuk mandi je, dapur pun penuh dengan macam2 orang dan karenah, bising pun boleh tahan.. takpelah, pengalaman..lain kali kalau datang lagi baik lajak terus tidur dekat fremantle, conform best...

perbelanjaan hari ke 4
petrol                                 = 20.00 aud
mineral water    0.70x3       = 2.10 aud
roti sandwich                     = 1.85 aud
beras 1kg                          = 2.11 aud
hostel yha                          = 75.00 aud   

total    =   101.06 aud / rm 303.18

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.