Wednesday, 5 April 2017

Kembara Australia (Bunbury-Perth) Day 5

16.10.2014 khamis.
hari ini pukul 6 pagi aku dah siap keluar untuk bertolak ke perth city dan hari ni juga merupakan hari yg paling awal check-out dari hari2 sebelumnya sebab sangat tak selesa dengan hostel ni, bila dah dari mula nak check-in pun dah nampak ada masalah mulalah benda2 lain pun jadi serba tak kena...keluar awal pagi tidak menjadi masalah sebab pukul 6 pg pun hari dah mula cerah..
nampak tu muka tak puas hati...
6.00 pagi matahari dah mula naik..
kalau ikut itinerary pagi ni nak ke caversham wildlife park dulu, kalau yg bawa anak2 kecil tu lagi seronoklah ke sini sebab boleh melompat2 sekali dengan anak, kalau dah berdua je macam kami ni terlompat2 kang orang cakap sawan...
bandar bunbury, sunyi lagi sebab masih awal pagi, tengah2 ambil gambar dari dalam kereta terdengar suara kuat orang tegur 'cheers mate', cari2 mana datang suara tu rupanya budak muda tengah lepak kat koridor kedai sambil minum..
lebuhraya dari bunbury ke perth city..
breakfast dalam kereta je sebab dah tak sabar nak check-out dari hostel tadi...
lebih kurang 2 jam lebih memandu sampai ke perth, dekat2 nak masuk bandar konvoi sekali dengan orang nak masuk kerja, jem jugak tapi tak teruk sangat, alang2 dah sampai sini singgah kejap ambil angin di king's park sebelum pergi caversham..
pokok kat belakang tu ada sign 'beware of bees', jangan dia datang join amik gambar sekali dahla, harus aku lari tinggal kaklong...
dah lepak2 dekat sini aku terus bergerak ke caversham wildlife park, dalam 45 minit memandu sampaila...
kalau dah jumpa kereta tergantung ni maknanya dah dekat sangat nak ke caversham..
dah sampai..bayaran masuk 25.00aud seorang...
kerja yg paling best..tidur, gaji jalan...
muka tak puas hati ni, pandang camera pun taknak..
peace konon, bagi makan kangaroo lepas tu bapak2 besar datang serbu secara berjemaah terus gigil...
aku rilek je walaupun badan dah nampak makin senget ke belakang...
kebetulan ada show kambing dan tuan kambing, budak2 mesti suka ni....
lepas habis show pergi ziarah koala bear pulak, pun tidur jugak.. senang buat duit..
comelnya lahai anak bear ni, bawak balik bela best ni...
ni dekat dalam tempat macam mini zoo, ada booth haiwan2 kecil, wombat pun ada kalau nak bergambar, tapi tengok yg beratur punya ramai jadi lupakan sahaja...
tak lama sangat pun sebenarnya aku dekat caversham ni, mungkin kalau ada anak akan jadi lama, yelah, budak2 kan mudah teruja bila masuk zoo ni, tambahan pulak kalau dapat tengok haiwan yg tiada di malaysia...
untuk lunch hari ni aku dah cakap dengan wife nak ke fremantle, menunya apa lagi kalau bukan fish&chips, jadi tanpa membuang masa aku terus bertolak ke sana...
on the way ke fremantle
singgah isi petrol dulu 25.00aud
melalui jalan utama di fremantle ke cicerellos..
bergambar berdekatan tempat parking kereta, bayar 1.70aud, tempat nak lunch belakang tu je...
cari meja dulu dengan pemandangan yg menarik, baru layan..
tunggu kat meja lepas order, aku order 1 set sahaja, kalau order 2 set conform tak habis sebab kaklong perut melayu, makan apa pun dia tetap nak nasi dia jugak...
kentangnya lagi besar dari jari...untuk set banyak macam ni dengan harga 14.60aud berbaloila..
burung ni tunggu orang tinggal makanan je siapla, dia pulak sambung makan...kaili's kat depan tu je, esok kita makan kat situ pulak....
dah selesai makan dan menikmati pemandangan di sini aku bertolak balik ke perth city untuk urusan check-in hotel, untuk hari ini perth ambassador hotel menjadi tempat penginapan kami, hotelnya terletak betul2 di tengah bandar...
on the way ke hotel terserempak dengan kerja2 pembinaan, yang mengawal jalan ni pun mak aii, minah salleh blonde lawa jaga jalan je bang, apadahal...
kerajaan australia sangat tegas dalam menangani masalah pendatang haram dan akan menapis dengan ketat permohonan migrasi atau bekerja di australia, sebab itu juga banyak kita dengar pegawai2 keselamatan australia tidak akan bertolak ansur terhadap pendatang2 yg masuk bekerja secara haram dan akan dihantar pulang terus ke negara asal jika ditangkap dan didapati bersalah.. (sekarang banyak dengar permohonan visa melancong dari malaysia banyak yg kena reject sebab ramai orang kita salah guna visa, spoil...
di depan lobi hotel, lepas turunkan barang aku parking kereta dekat company aku sewa kereta, nak free punya pasal.. parking agak mahal dekat perth CBD ni, parking hotel untuk guest pun kena bayar...
2 minit jarak berjalan kaki dari hotel ke aries car rental...
bilik yang besar dan moden, berbaloi dengan harganya, 106.00aud per night...

lepas setengah jam rehat2 dalam bilik aku keluar pusing2 bandar ni dengan kereta dan masih sempat lagi nak ke king's park sebelum gelap...kehidupan dan aktiviti di bandar perth ni tak sesibuk kuala lumpur, semuanya masih terkawal, warganya yg bekerja di bandar juga tidak terlalu ramai, kalau jem balik kerja pun dalam setengah jam dah clear jalan...
jalan masuk ke king's park
kings park
view angle paling menarik dari kings park, mintak tolong orang ambilkan gambar kami, lepas snap gambar dia acah2 nak bawak lari camera, berderau jugakla darah aku, eh boleh bergurau pulakkk....
agak2 hari dah nak gelap aku bergerak balik ke hotel, parking semula dekat company sewa kereta dan terus berjalan kaki ke hotel..wife aku yang tak jumpa nasi lagi hari ni terus keluarkan rice cooker dan masak...sejukla hati hari ni dapat pergi tempat dan makan yg sedap2, hotel pun selesa, kira cover balikla kekecewaan hostel semalam...

beras yg dibeli dekat coles, kena beli jugak sebab beras yg dibawa dari malaysia tak cukup, beras ni standard beras siam, harga 2aud, kira ok la...
habis makan aku turun ambil angin di luar hotel sambil hisap rokok, dalam bilik tak dibenarkan merokok, kalau boleh pun aku takkan merokok sebab kesian dekat wife aku jadi perokok pasif...
ashtray yg disediakan di kawasan merokok di luar lobi hotel... 
dah lama lepak kat luar aku masuk balik bilik bersembang2 dengan wife, penat punya hal drive dari pukul 6 pagi membuatkan mata terus terpejam bila nampak bantal...

perbelanjaan hari ke 5
petrol                                            = 25.00 aud
caversham wildlife park  25.00x2   = 50.00 aud
fish n chips                                   = 14.60 aud
water                                            = 3.30 aud
sauce                                           = 1.95 aud
parking fremantle                          = 1.70 aud
perth ambassador hotel                = 106.00 aud 

total   =    202.55 / rm 607.65                           

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.