Wednesday, 22 March 2017

Kembara Australia (Perth-Albany) Day 1

12.10.2014  ahad.
perjalanan pun bermula...
pukul 9 pagi aku memulakan perjalanan melalui albany highway ke destinasi pertama iaitu the lily dutch windmill, perjalanan lebih kurang 4jam setengah jika memandu tanpa henti, tapi nampak gayanya kami ni akan banyak berhenti untuk rehat dan bergambar jadi kelewatan tu dah dijangka..
albany highway, namanya highway tapi bukan macam highway plus tu, jalan biasa je, toll-free..
berhenti kejap di hentian, tiada sebarang kemudahan, ada bangku dengan tong sampah tu je, kalau bawak bekal memang cantik sangat lepak makan kat sini...
perjalanan diteruskan setelah berhenti beberapa kali, tempat yg nak dituju masih jauh, banyak pekan2 kecil seperti bannister, williams, kojonup yg boleh dilawati juga untuk berehat atau mengisi petrol...
di pekan williams, kaklong kena photobomb oleh locals...
di kojonup...banyak juga tarikan di sini, tetapi masa tidak mengizinkan...
petrol station, aku suka tengok binaan2 lama macam ni, kat malaysia pun banyak lagi spot2 cantik macam ni..
pemandangan diantara kojonup dan borden
tunggu jugak kot2 ada keretapi nak lalu...
setelah 6 jam perjalanan aku sampai di lily dutch windmill, berehat sebentar disini menikmati pemandangan dan anginnya yg kuat dan sejuk..tempat ni menjadi tumpuan mereka2 yg bercuti menggunakan caravan kerana suasana alam semulajadinya yg cantik dan menjadi laluan utk mereka yg hendak ke stirling range mountain..banyak penginapan disediakan di sekitarnya, bagi yg hendak bermalam disini dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan kerana ianya kawasan pedalaman,tiada pasaraya atau restoran halal di kawasan ini...
the lily dutch windmill
kawasan yg cantik, luas dan berangin..
bluff knoll sterling range mountain (credit google image) tak sempat nak singgah sebab dah lewat, hanya melihat dari jauh..
memandu dari lily dutch windmill ke albany, gps tak berfungsi, terpaksa pakai map yg dah save dalam tab, meter minyak dah berkelip2, kiri kanan hutan, stesen minyak jauh lagi, dugaan...
setelah puas berhenti di windmill, aku dah set untuk isi minyak di kawasan berhampiran, malangnya stesen minyak tu tutup, mungkin kerana ianya stesen di kawasan pedalaman, tak ramai pelanggan jadi ia ditutup, tutup sementara atau tutup terus tu tak taula pulak..stesen nya pun nampak sangat klasik, macam dalam cerita koboi, gambar takde sebab tengah dok pening fikir dekat mana lagi stesen minyak yg terdekat, nak tanya org tak nampak kelibat sorang pun..
setelah tiada cara lain aku pun bertawakkal jalan terus ke albany dengan harapan sempat sampai ke stesen minyak yg terdekat..ada lebih kurang 100km lagi nak sampai, memandu sambil tengok meter minyak yg berkelip2 membuatkan pemanduan terganggu, tengah2 pening memandu tiba2 nampak couple veteran mat salleh berhenti tepi jalan, aku berhenti  dan tanya 'pakcik, stesen minyak katne?, minyak kete sy dah nak abis ni.. dia jawab ' kat area sini mane ade pam minyak, kalau ada pun jauh, memang tak sempat sampai sana.. hmm terima kasih jelah pakcik, sangat membantu..
last2 aku jalan jelah, peluh dingin dah keluar, wife aku dah senyap tak kata apa2, pedal minyak aku tekan hujung2 jari je dengan harapan dapat menjimatkan baki minyak yg ada, aircond memang tak bukak langsung sebab cuaca memang dah sejuk.. dalam kepala dok fikir kalau kereta mati tengah2 hutan tebal ni macam mana, dahla orang lalu lalang pun jarang2..
akhirnya aku berjaya jugak sampai ke stesen minyak, masuk je jalan besar tak lama terus jumpa, dah dekat sangat pun dengan albany...
lega yg amat jumpa stesen minyak, aku isi penuh sampai nak terkeluar, kalau boleh nak mandikan sekali kereta ni dengan petrol...
kaklong beli kopi panas bagi sedap badan sebab kat sini cuaca dah bertambah sejuk...
lepas dah isi minyak aku masuk dalam bayar duit petrol, sambil2 tu tengok kat cafe tu ada jual macam2 makanan, bau pun sedap..sekali aku terpandang 'pork burger', aduii putus terus selera..last2 beli kopi jelah..perjalanan diteruskan ke albany city dan mata aku ligat tengok kiri kanan sign hotel kami..tak susah sangat pun mencari sebab hotel ni di tepi jalan besar...
penginapan kami malam ini, ace motor inn, staff yg peramah dan informative, bilik sangat selesa dengan kemudahan yg lengkap...
dah pukul 6.00 pm, kaklong senyum pun terpaksa sebab keletihan, mana tidaknya, dari semalam naik flight kl-perth, naik bas pergi perth city, naik kereta pulak sampai albany, dekat nak malam baru berhenti..aku? senang cerita otak dah fikir tilam dengan bantal je...
dah selesai urusan check-in aku masuk bilik untuk berehat dan guna wifi free, kaklong yg dah sehari tak jumpa nasi terus keluarkan periuk nasi mini dan masak..nampak betul laparnya tu, masuk2 bilik je terus masak nasi...
makan malam kami malam ni, ada nasi, lauk tin tu dengan roti.. periuk nasi tu tinggal periuk jela, nasinya dah selesai tak berbaki langsung...
so settle perjalanan untuk hari ini, tengok esok pulak apa cerita...
travel route hari ini
perbelanjaan hari pertama
transperth bus airport-perth =4.40x2 = 8.80 aud
kereta sewa 6 hari                            = 285.00 aud
petrol ron 91                                    = 50.00 aud
airport trolley                                    = 4.00 aud
mineral water 2 botol                        = 2.99 aud
cappucino                                        = 4.00 aud
cappucino                                        = 4.40 aud
mentos                                             = 2.00 aud
paper                                               = 3.30 aud
roti                                                   = 3.80 aud
hotel ace motor inn                          = 65.00 aud

total       = 433.29 AUD  /  RM 1299.87

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.