13.10.2014 isnin.
bangun pagi ni terasa sangat segar setelah mendapat tidur yg cukup dan selesa, plan hari ini nak explore albany, pagi ni breakfast roti dan tuna, kalau lapar nanti makan je bekalan yg wife dah sediakan, aku check-out terus sebab untuk malam ni aku dah tempah hotel lain, saja nak merasa tidur di tempat baru, tak jauh mana pun, dalam bandar ni jugak hotelnya...
 |
depan bilik hotel... |
 |
jom gerak... |
destinasi pertama dalam plan aku nak pergi the gap and natural bridge, terletak dalam kawasan torndirrup national park, kebanyakan tarikan2 utama albany tak jauh, semuanya dalam lingkungan bandar sahaja, jadi nak explore tempat ni sehari dua dah cukup kalau sekadar nak singgah dan bergambar..
 |
route dari ace motor inn ke the gap |
 |
perjalanan dari hotel ke the gap...hati2 memandu disini, nampak tu kangaroo suka melintas jalan tak pakai traffic light.. |
 |
dah sampai..parking sangat luas, takde bayaran pun nak masuk sini.. |
 |
laluan ke the gap and natural bridge... |
 |
the gap.. pandang ke bawah sayup je, air membiru kuat menghempas batuan... |
 |
cantik sungguh pemandangan, kenapalah diorang tak buat hotel dekat sini, buat bilik menghadap view macam ni memang lepak kat sini jelah... |
 |
macam ni la kot makan angin... |
 |
natural bridge |
lama aku berhenti melayan pemandangan disini, kemudian kami bertolak ke albany windfarm lebih kurang 25 minit memandu, tempat ni merupakan kawasan kincir angin yg sangat besar, dibina di tepi laut sesuai dengan anginnya yg kuat, membekalkan tenaga elektrik ke seluruh bandar albany...
 |
route dari the gap ke wind farm |
 |
besar betul..bunyi pun kuat.. |
perjalanan diteruskan lagi dengan melawat kawasan sekitar dan pantai2nya yg cantik, memang sehari ni nak habiskan masa di albany sahaja..
 |
kebanyakan pantai disini airnya jernih2... |
 |
menung ape kaklong... |
 |
baik pergi posing atas landasan tu terus... |
 |
the brig amity, tempat tumpuan pelancong, disini juga terletaknya western australia museum... |
 |
aku suka tengok treler2 besar macam ni, gaji mereka boleh mencecah rm30k sebulan...untuk lebih info boleh google australia road train |
 |
seronok kalau travel ada photographer free ikut kan, tinggal sengih je, gambar dia jelah yg penuh dalam camera ni... |
 |
van pemuda2 australia, kelihatan beg2 besar di atas bumbung, travel jugak kot.. |
 |
nampak klasik hotel ni, sesiapa yg datang boleh cuba menginap disini... |
 |
university of western australia |
 |
pemandangan dari atas bukit view point |
 |
kawasan rumah orang kaya tak payah ade pagar dan guard, sapa2 pun boleh masuk, sempoi... |
hari pun dah petang, aku bertolak ke hotel amity motor inn untuk check-in, membersihkan diri dan keluar semula untuk makan malam..
 |
perkarangan amity motor inn..lengkap dengan swimming pool, gambar diambil dari tepi bilik, reception di bangunan hujung sana yg berwarna gelap.. |
 |
setup bilik di sini nampak lebih moden dan baru dari ace motor inn, kemudahan juga cukup lengkap, harganya 80aud, mahal 15aud dari ace motor inn tapi bilik dan servisnya berbaloi.. |
setelah selesai urusan, aku dah set nak makan di pekan albany, dalam 10 minit sahaja dari hotel..kaklong dah makan nasi tadi...
 |
sampai bandar albany sempat bergambar sebelum hari gelap |
 |
jalan2 tak sedar hari dah gelap, masa ni pukul 6.30pm.. |
 |
restoran untuk makan malam kami, kedai yg berwarna merah, ada sign halal pada signboard... |
 |
ada banyak pilihan menu,kebab, burger, western, nasi pun ada kalau tak silap aku..kami order western set, fish n chips berharga 12.90aud, cukup kenyang untuk 2 orang makan... |
 |
masa tengah makan aku disapa oleh abang ni, dia dah 2 minggu berada di australia, gambar di atas dia tengah tunjuk gps dan peta pengembaaran yg telah dan akan dia lalui, hebat ni, dah mengembara ke serata dunia, mesti banyak pengalaman..keluarga di malaysia tak dibawa sekali kerana trip ni mencabar katanya, tak sesuai untuk family dan anak2.. |
selesai makan aku jalan2 di sekitar townhall, kebetulan abg tadi menginap di hotel yg sama jadi aku tumpangkan dia sekali, sebelum balik kami singgah di pasaraya IGA sebab abg tu nak restock makanan, banyak betul makanan dia beli, jauh lagi dia nak berjalan tu gayanya...
 |
di depan pintu masuk IGA albany, barang2 di coles lebih murah dari IGA |
 |
banyak makanan2 dari malaysia disini,harga jelah mahal sikit.. |
 |
mengabadikan kenangan di albany... |
 |
albany townhall |
selesai membeli barang kami bertolak balik ke hotel, kaklong dah masuk bilik, aku masih di luar bersembang2 dengan abg tadi, seronok dengar cerita2 orang lama nie..
 |
sekotak rokok ini berharga rm72..bersembang2 di luar sambil hisap rokok memang layan... |
 |
habis bersembang masuk bilik tengok2 jari dah kecut, kaklong gelakkan aje...dah dua malam tidur tak perlu pasang aircond, jimat elektrik hotel ni.. |
selesailah perjalanan hari ni, memang albany adalah tempat yg sangat berbaloi untuk dilawati...
perbelanjaan hari ke 2
australia WA souvenir coin x2+case = 6 aud
nutella = 3.10 aud
mentos = 1.40 aud
fish n chips = 12.90 aud
hot chocolate = 4.00 aud
hotel amity motor inn = 80.00 aud
total = 107.40 aud / rm322.20
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.