Tuesday, 21 March 2017

Kembara Australia (Klia-Perth) Day 1

12.10.2014  ahad.
beg yg banyak berjasa pada aku sejak 2010, masuk trekking, travel, kawan pinjam pergi oversea, kegunaan sangat lasak dan sampai sekarang masih elok..
flight ke perth bertolak dari klia 2 pukul 12.05 am. aku sampai airport pukul 9.30 pm, mintak tolong kawan hantarkan..terminal klia 2 jarak berjalan dari luar ke dalam tempat pelepasan sangat jauh, di klia aku rasa dekat je..selesai semua urusan check-in aku lepak2 sekejap dan terus masuk melepasi kaunter imigresen, sementara nak tunggu berlepas aku lepak sembang2 dengan wife sambil2 tengok gelagat orang...
muka ceria kaklong nak pergi berjalan
tepat pukul 12.05 am flight berlepas, dalam flight malam ni ramai foreigner, orang malaysia boleh kira berapa kerat je.. dah nama pun bertolak tengah malam jadi tak ada pemandangan yg menarik pun sepanjang perjalanan, makanan pun aku tak order sebab dah makan sebelum berlepas tadi, lagipun dah tengah malam, masa untuk tidur dan kumpul tenaga untuk drive masa sampai nanti.. leg room yg sempit membuatkan kaki kurang selesa untuk aku yg tinggi ni, jadi dapat lelap2 macam tu jelah.. terus aku teringat rakan blogger nuarneeda travelog, dia kata kalau ada seat murah kena duduk atas lantai pun dia sanggup beli, ha3.. bro, kalau seat tu atas lantai dan boleh baring aku pun nak bro..mujurlah perjalanan hanya mengambil masa 5 jam setengah..
suasana di perth airport
pose biasa tourist bila sampai sini
flight malam ni tak delay jadi tepat pukul 5.30 am flight mendarat dengan selamat..aku pun terus ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan, banyak pulak pegawai perempuan ni tanya, nak pergi mana, tidur mana, tujuan, macam2lah, aku pun keluarkan segala salinan2 tempahan hotel, kereta etc..lepas tengok semua dokumen tu dia lepaskan kami jalan.. sekarang ni banyak kes orang malaysia pergi kerja ladang dekat australia dan menyalahgunakan pas lawatan, baru bulan lepas aku tengok australian news online, lebih kurang 20 orang malaysia ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal kerana bekerja secara haram di sana, mungkin sebab itu jugak pemeriksaan di pintu2 imigresen diperketatkan..
lepas selesai urusan kat situ aku berjalan keluar sebelum ditahan oleh seorang pegawai yg bertanya makanan apa yg aku bawak, aku cakaplah bawak ayam, terus dia tick kat kertas dan aku kena melalui laluan khas untuk diperiksa beg..pegawai yg lain tanya lagi apa makanan yg aku bawak dan aku keluarkan food list yg aku dah buat dan tunjuk pada dia, lepas dia tengok list tu dia cakap 'ok, boleh jalan.. lega aku, kalau tak jenuhla nak kena keluarkan satu2 makanan dalam beg yg besar gedabak tu..
inilah rupanya food list yg aku buat..bawak jelah, sgt membantu.
dah selesai diperiksa aku menuju ke luar airport untuk mencari bas transfer untuk ke domestic airport, yg taknak susah2 boleh je terus ambil teksi dengan bayaran 50aud, tunggu lebih kurang setengah jam bas pun sampai, aku naik dan turun di domestic airport, tak jauh pun, lebih kurang 10 minit la kalau tak silap, airport shuttle ni free. dari domestic airport pulak aku naik bas berhenti2 terus ke perth city dengan bayaran aud4.40 seorang, bas berhenti betul2 di depan aries car rental, adelaide terrace..
stesen bas depan pintu airport..
kena naik bas ni dari international ke domestic airport
dah sampai domestic airport, tunggu pulak bas 40 ke perth city
bas no 40 dari domestic airport ke perth city, paling awal pukul 8.00 am.
van ni ada lift dekat pintu belakang, sape bawak beg berat bolehla sewa ni, letak je beg lift akan angkat masuk van,senang..harga jangan tanya, conform ngeri, tapi kalau berpakat ramai2 bayar berbaloi..
dalam 40 minit dalam bas sampai dekat perth city, turun terus pergi dekat company sewa kereta, tengah2 bandar perth company ni.. di kaunter aku tunjuk salinan booking, dia mintak aud 400 sebagai bond@deposit. kemudian staff ni bawak aku ke tempat simpanan kereta untuk diajar cara2 penggunaan dan check kalau2 ada defect pada kereta..
aries car rental perth city.. (pic credit google image)
banyak pilihan kereta, van besar pun ada, sesuai untuk keluarga ramai..
staff amoi tengah tunjuk keadaan kereta dan cara2 penggunaan. saiz lebih kurang perodua axia, okla tu, kami berdua je..
belum jalan sudah pecah ka... aku ambik gambar ni dan dia pun tick dekat borang untuk rujukan masa pulangkan nanti..
amoi tu dah tanda defect dekat rim kereta, petrol penuh masa ambik jadi masa pulang kena penuh baliklah..kereta baru ni, tengok mileage baru 3480, tengokla masa balik nanti berapa jauh dia berjalan..
total aud285.00 untuk 6 hari, kereta jenis nissan micra, unlimited mileage, gps, insurance.. kalau sekarang tak payah sewa gps, dekat apps store berlambak2 maps offline..
ok, kereta dah check, GPS pun dah ambik, minyak full, apa2 yg patut dah diselesaikan, lebih kurang pukul 9.00 am kami bertolak ke tempat2 yg dah dirancang dengan endpoint nya di albany..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.