Tuesday, 21 March 2017

Persiapan Kembara Perth Western Australia

untuk trip ke perth ni tiket sudah dibeli seawal bulan februari 2014, nak perginya bulan oktober, punyalah lama menunggu.. beli tiket awal macam biasala sebab airasia buat promo.. dapatla tiket berharga rm1364 untuk 2 orang..
lepas beli tiket tu bermulalah kerja2 meng'google' segala info yg berkaitan trip ni..sekarang semuanya dah senang sebab tu ramai yg dah boleh buat trip melancong secara independent ni..
bermula kisah, kawan aku yg rajin travel tolong belikan tiket ni
selesai bab tiket aku mula cari2 info tentang hotel, kereta sewa dan lain2..hotel aku dah mula booking bulan jun, dapat je harga cantik terus aku tempah, kereta sewa pun tak silap aku bulan jun jugak..
hotel2 yg ditempah
resit sewa kereta
lepas dah selesai semua urusan tiket, hotel, kereta sewa aku pun korek2 lagi info tentang perth dan western australia ni sampaila hari kejadian bermula...
info card yg aku ambik kat sana
masa aku pegi dulu kadar tukaran matawang australia adalah rm 2.90 dan rm 2.98 untuk 1 AUD, aku tukar duit sebanyak 2 kali, sekali dekat midvalley, lagi sekali aku tak ingat dekat mana..harga yg money changer bagi adalah rm 2.92 dan rm 3.04...bila dah balik sini aku tukar balik lebihan duit AUD kira untungla jugak sebab rate masa tukar tu dia ambik rm 3.08 untuk 1 AUD, aku jual balik AUD 1200 dapat rm 3696, jadi kena pandai2lah baca graf turun naik matawang ni untuk mengelakkan kerugian, rasa macam murah terus pergi beli, aku suka apps 'oanda currency converter' sebab mudah guna dan tepat, install dekat phone n hari2 boleh check..
resit2 jual beli duit AUD, ada yg dah hilang ni
kadar tukaran MYR-AUD untuk hari ini
untuk visa australia, sebulan sebelum pergi aku buat dekat poto travel putrajaya, visa berharga rm30 untuk seorang, masa tu ada yg boleh dapat rm20 tapi tak bagitau pulak dekat mana..
resit visa rm60 untuk 2 orang
inilah rupa visa australia, visa aku dapat on the spot, visa wife aku dapat lewat sehari sebab ada 'abdul'
untuk makanan dekat sana, kalau sekadar berjalan di sekitar bandar perth sahaja tidak menjadi masalah kalau tak bawak makanan sebab banyak kedai2 yg menjual makanan halal, untuk trip ke countryside adalah digalakkan untuk membawa makanan, travel dah seronok tapi nak cari makan susah tak best jugak kan, universal adapter dan extension jangan lupa, hotel2 ni kedekut plug point..
stok makanan yg aku bawak, nampak tak nasi dalam periuk tu dah settle wife aku kerjakan, lapar sangat seharian travel.. periuk nasi dan stok makanan sangat membantu untuk perjalanan jauh...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.