Monday, 25 November 2019

Kembara Eropah (London) Day 12

24.10.2017 Selasa. Day 12

Lama sangat dah tak update blog, malas, ni pun gagahkan jugak tempek gambar untuk tengok2 kemudian hari, 2 3 trip travel lepas europe pun dah tak masuk dalam blog, tengoklah kalau tetiba rajin adalah nanti.. maaf pada semua yg bertanya tak berjawab, direct ke email yanyon8483@gmail.com kalau nak respon cepat..
pagi ni bertolak dari travelodge hounslow m4 nak ke perkampungan klasik england di bourton-on-the-water
perjalanan memakan masa 2 jam
melalui kawasan oxford, dekat sangat dah kalau nak ke oxford university tapi tak singgah..
dah keluar dari highway melalui jalan lama..
cuaca mendung begini sepanjang hari..
selepas pekan lama ni dah nak masuk kawasan bourton-on-the-water..

dah sampai, parking percuma banyak disediakan..
inilah tempatnya, nampak sunyi tapi sebenarnya masih berpenghuni, kedai2 juga masih dibuka..



museum dan visitor centre juga ada untuk sebarang info aktiviti..

tempat yg tenang dan damai..


deretan pelbagai jenis kedai..












seterusnya bertolak ke kilang asal kasut legend Dr Marten..
satu setengah jam ke lokasi..
melalui kawasan berhampiran litar Silverstone yg terkenal..
singgah di tesco wellingborough untuk restock makanan..
stesen minyak jenama tesco disebelahnya..

kilang ini terletak di kawasan perumahan bukan di kawasan perindustrian..
dah sampai..
Dr Marten Factory, wollaston, UK..
banyak design yg cantik2..
Dr Marten 'made in england' dah cecah ribuan ringgit di malaysia kalau ada..
banyak sangat yg cantik pun susah sebab tak tau nak pilih yg mana..
ok settle..
dapat jugak sampai sini..
next kita ke Bicester Village, shopping heaven sapa2 yg datang ke London..


sampai..
happy ye kaklong..

buggy juga disediakan pada yg malas berjalan..

dah agak dah kat sini paling lama akan singgah, sebab tu booking hotel berdekatan bicester village ni, shopping sampai tutup kedai pun takpe..


dah puas pusing sampai kebas kita terus balik ke hotel...

travelodge bicester valley m40(credit google image)

selesai untuk hari ke 12...

EXPENSES DAY 12
hotel travelodge bicester : 52 pound
     total : 52 pound = rm286.00


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.