Monday, 14 January 2019

Kembara Eropah (Chamonix-Annecy) Day 9

21.10.2017 Sabtu. Day 9
hari ni aktiviti akan dimulakan dengan cable car ke mont blanc, bila ko awal2 pagi dah keluar reception pun tanya nak kemana, aku pun cakaplah nak ke mont blanc then terus dia suggest naik bas ke stesen cable car, free je kalau pakai kad khas hotel tu, lahh kalau bagitau dari semalam kan senang takdelah aku nak susah2 drive n cari parking dekat bandar tu, kan dah selamat 6 euro...
ok jaket nipis, tshirt nipis, panjat mont blanc suhu beku, jom apadahal...
matahari bersembunyi di belakang mont blanc nun...



gigih makcik ni buang sampah ikut kategori, 1st class...
seberang jalan je pun tunggu basnya..
les gaillands bus stop
turun dekat chamonix sud station, 5 min je..
iklan...
ada sign digital lagi, tak peninglah..
chamonix sud station
jalan kaki ke cable car station, hanya bersebelahan..

                                      

aiguille du midi cable car entrance

kaklong senyum pepagi excited nak tengok europe dari tempat tinggi, sekarang senyumlah, japgi ko tengok apa jadi..
tiket 60 euro per person..
aku ambik tiket kira yg awal pagi ni, orang pun tak ramai, masa beli tiket tadi pun tak beratur, tengok palang2 untuk beratur beli tiket dah macam ular, kalau peak season mesti buruk menunggu beratur beli tiket...
gayat jugak naik ni, start bergerak je dia pacak terus ke atas, kalau cable car genting highland tu kira sopan banyaklah...
makin jelas kelihatan, tak sabar nak sampai ..
dah sampai 1st station, turun dan kena tukar cable car lain untuk ke puncak, nak lepak2 dulu dekat sini pun boleh..
inilah rupanya cable car mont blanc..
mamat kat belakang tu muka dah menyampah tengok kitorang..
betul2 harap cable seurat tu je dari stesen ni ke atas tu, takde tiang konkrit yg menyokong macam kat genting highland, sesekali angin kuat datang menggoncang sejuk perut aku, agak gerun jugaklah..
mamat yg bawak cable car ni dah mula siap2 pakai jaket n cap dia...
dah sampai, mari2 ikut saya...
laluan terowong yg dikorek, main ikut sukahati potong je ni, tak berseni langsung..

keluar je dari laluan terowong terus dihidangkan pemandangan yg membuatkan aku kagum, cantiknya yg memang aku tak pernah tengok sebelum ni, memang tak sia2 plan aku kesini...
hasil dari kamera yg tak dapat nak menggambarkan keindahan tempat ni...



muka dah mula jadi jegang sebab suhu rendah, tu yg senyum pun macam kena paksa..







                                       


permulaan untuk trekker2 yg nak menawan puncak mont blanc..
ada sekumpulan yg tengah bersiap2 dengan kelengkapan nak memulakan perjalanan, sempatlah lepak2 tengok diorang...



gagahkan jugak ambik gambar sebanyak mungkin untuk dibuat kenangan..

ni dekat dalam binaan yg disediakan untuk rehat2 dan memanaskan diri, masuk dalam ni barulah rasa ada nyawa sikit, sedap je bernafas.. 

liquid dalam vape aku dah jadi pekat, patutla sedut tadi asap serupa taknak keluar, last2 dapat idea cairkan dia balik bawah dryer ni ha3...

setiap kawasan atau platform yg kita pergi pemandangannya lain2...


ada sign tunjukkan cara2 untuk mengira denyutan nadi bila sampai tempat tinggi macam ni...
tu dia puncak aiguille du midi, takde tangga untuk ke atas, kena pakai lift khas yg disediakan, jom...
galeri pun ada kalau nak ambik tau pasal tempat ni...
ruang menunggu dan beratur untuk ke puncak aiguille du midi, masa ni orang tak ramai so tak payah beratur, suka betul aku bila tak ramai orang ni, lapang dan tenang...
kaklong yg keluar masuk tak berhenti2 sebab tak tahan dengan suhu walaupun baju dah tebal siap glove semua..
gambarajah keseluruhan aiguille du midi,kita berada di tanda merah dalam map tu, kira lift ni membelah di tengah2 la untuk keatas.. luas jugak tempatnya, banyak platform2 untuk melayan pemandangan, terbaik...
ni dia pemandangan bila keluar je dari lift tadi, puncak mont blanc depan mata kelihatan sangat dekat, sama level dah, gambar tak berapa cantik sebab matahari depan camera..

yeah akhirnya...

kadang2 boleh nampak pendaki2 yg bergerak secara berkumpulan..

naik pagi2 tadi sedikit berkabus, makin lama makin clear..

salji2 halus datang bersekali angin yg kuat, pedih tangan dan telinga tak payah ceritalah..








Aku dan kaklong, Chamonix-Mont Blanc, France

budak ni berbalut dah macam eskimo aku tengok...
ni lagi satu tempat yg disediakan untuk pengunjung, transparent glass view, free je, kalau nak gambar pakai camera dia baru kena bayar...




dah puas kat atas tu turunla, melayan dekat sini lagi sekali, view dah jadi super clear..
awek filipino ni ceritanya aku dah berselisih masa mula2 naik tadi, cantik orangnya, kaklong pun cakap cantik, so masa kat sini terserempak lagi dengan dia, so aku pergilah tegur n ambik gambar, tapi sayang dia pakai rayban pulak, 1st jumpa tadi tak pakai, agak2la takkan nak suruh dia bukak, rayban tu dah mengubah muka dia, mujur dalam vlog aku ada kelibat dia tak pakai rayban...

kalau rasa2 nak turun tangga sambil pegang palang tu silalah pakai glove..
sekumpulan pengunjung yg baru sampai, makin ramai masa ni, takpelah aku dah nak balik...
kaklong yg akhirnya tewas, terduduk terus! mungkin sebab altitud tinggi ditambah dengan suhu yg rendah menyebabkan sesak dada dan tak cukup oksigen...
lepas kaklong dah ok sikit aku suruh dia rehat sebab aku nak keluar shoot video dekat platform ni pulak, aku pun tak pasti aku explore habis ke tak tempat ni...




dah2 kaklong jom turun, lainkali kalau nak naik lagi aku balut ko macam budak eskimo tadi..
restaurant pun ada kalau lapar kat atas ni, harga jangan tanya..

turun ambik gambar di stesen pertengahan..


selamat sampai dibawah...

2 comments:

  1. Salam Khairul, terima kasih kerana berkongsi banyak cerita dan tips dalam blog ini. Saya jadi bersemangat nak travel ke Eropah lepas baca blog ni. Teruskan menulis ya.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.