Saturday, 19 May 2018

Kembara Eropah (Stuttgart-Zurich) Day 6

18.10.2018 Rabu. day 6
sedap jugak tidur ala2 camping ni sampai terlajak lambat bangun, keluar hari ni pun agak lewat, best betul feel dia bila bangun pagi dan kita tau kita nak berjalan ke tempat yg dah lama kita teringin nak pergi...
bilik aku yg kat belakang tu, dekat bangku nilah semalam borak2 dengan guest lain, dapat dengar cerita dan kenal2 orang luar..
ok,semua dah siap, pukul 7.30am baru gerak, sebelum tu kena drop kunci bilik dekat restoran nun atas belah kiri tu..
tenang je suasana pagi dekat allmersbach ni...
destinasi pertama allmersbach-harley zurich
rumah2 disini banyak yg bumbungnya tinggi dan tajam keatas, cermin dekat bumbung tu loteng kan..
dari jalan kampung memasuki jalan besar dah mula sibuk..
kabus yg bermain rendah diantara pokok2, cantik...
tak faham langsung maksud sign tu, construction la kot..
lalu balik museum mercedes semalam, bypass flyover je, terbaik museum ni, peminat kereta wajib singgah kalau datang stuttgart...
tengok perkataan ost aku teringat lagu dalam movie..
aku pun dah tak ingat dekat mana ni, banyak sangat keluar masuk highway dan bandar..
masa perjalanan boleh dijimatkan jika kurang tempuh kawasan bandar dan berhenti di traffic light..
highway biasa speed limit 130km/h, di malaysia dah layak guna speed sama macam ni sebab highway kita diakui antara yg terbaik (PLUS), bawak 110 lemau beb..
dah mula ada bau2 switzerland..
nak masuk tengahari pun kabus masih kuat..
banyak pokok2 yg dah sedia untuk berhibernasi..
pukul 11am aku selamat sampai di sempadan german-switzerland melalui pintu thayngen-scaffhausen, tengah seronok drive sambil menikmati pemandangan tiba2 nampak kompleks yg ada orang berkawal di tengah jalan siap senjata,"eh dah sampai border swiss ni",  agak cuak la, lepas tu baru teringat sticker vignette tak beli lagi, adoi bertambah2 lah cuaknya, so aku terus bagi signal kanan dan berhenti di bahu jalan yg ada disediakan parking, turun dan bertanya pada polis yg jaga border tu pasal vignette, bagus english dia, yelah dah selalu sangat berurusan dengan pelancong luar kan.. terus dia tunjuk tempat jual vignette, sebelah dia je pun...
tempat jual vignette, betul2 dekat tepi jalan tempat roadblock tu..
ada jugakla 2 3 orang beratur depan aku, kaunter ada 2 tapi bukak 1 je, yela dah tak ramai, buat apa bukak banyak2.. tu yg seronok travel time bukan cuti, semuanya jadi cepat, tempat tumpuan pun tak sesak..
inilah rupanya switzerland vignette untuk tahun 2017, harganya 40chf, aku bagi duit euro dia bagi balik baki dalam duit swiss franc..
gambar betul2 selepas border check, gila apa nak ambik gambar masa kena check tadi..
dah siap tampal vignette di cermin depan aku dengan bangganya masuk laluan untuk border check tadi, ada 2 3 lorong jugak untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke switzerland, aku ambik lorong paling kanan, sebelum nak sampai giliran aku tu aku tengok2lah dekat lorong2 lain, ada yg lama bersoal siasat dalam kereta, ada yg kena turun bukak but belakang untuk diperiksa, uii boleh tahan diorang ni.. sampai turn aku dia tak check apa2 pun, passport ke apa ke langsung dia tak mintak, dia cuma check vignette dan tanya aku ada tak apa2 yg nak di declare? aku kata takde, taktau nak cakap apa aku cakapla ada bawak vape, kaklong yg dah jadi serupa patung kat sebelah aku ni tak payah declare kan? dia kata vape takdehal, ok bro, boleh jalan.. selamat...
banyak kemudahan2 lepas border switzerland ni, petrol, kedai runcit, kedai makan, tempat rehat, bank, hotel semua adalah..
masuk negara baru, suasana pun baru..
scaffhausen, kalau aku ada masa seminggu dekat switzerland sahaja dah tentu aku explore habis apa yg ada dekat swiss ni..
sapa nak tengok air terjun rheinfall boleh ikut signboard kiri..
sampai kawasan ni tiba2 kabus tebal datang balik padahal bukannya dah panjat bukit tinggi macam dekat genting highland pun, agaknya sebab ini kawasan pergunungan so kabus boleh datang bila2 je, aku dekat sini drive slow je sebab tak boleh nampak jauh, kiri kanan memang kelam lah..

dia punya tahap confident tu dah tinggi so pegang stereng pun sebelah tangan je, 1st day drive kat paris haritu ko grip stereng tu 2 2 belah tangan tak lepas sampai berpeluh stering..
tengok kiri kanan, putih tak nampak apa..

zurich, here i come..
dah makin dekat..
fuhh lawa, man n renault, model2 yg canggih dengan penarafan euro yg tinggi macam ni conform tak masuk malaysia lagi..
ikut yg zurich-city tu, jangan pegi zurich airport pulak..
zurich, switzerland
hati2 memandu dengan train yg lalu-lalang..
sibuk seperti bandar2 besar yg lain..
lalu dekat simpang ni tiba2 lampu merah, berhenti kat tengah jalan aku..
lepas tu train ntah dari mana2 sampai lalu tepi aku, tak cuak?
haa tu dah nampak banner harley davidson, apalagii..
harley davidson zurich, mullerstrasse, switzerland..
untuk dijual, yg belah kiri sekali tu design dan warna dia memang aku minat..
parking khas percuma disediakan untuk pelanggan betul2 di depan kedai, terbaiklah.. 
masa aku sampai ni pukul 12.15 lebih kurang, butik ni tengah break time sampai pukul 1, tapi workshop bukak je kalau nak hantar motor, so masa yg ada ni aku habiskan dengan makan tengahari yg kaklong dah sediakan dan jalan2 di kawasan sekitar..
ini dah selesai shopping ni.. tepat pukul 1 butik bukak je aku pun memulakan misi memilih design t-shirt yg terbaik untuk kenangan di zurich, puas pusing satu kedai tak jumpa design yg betul2 aku suka, last2 aku tanya salesman yg dok ikut aku dari tadi tu ada tak design macam yg aku nak? terus dia masuk dalam dan keluarkan satu design ni, katanya baru sampai tapi tak gantung lagi, perghh tahap menangis dia punya lawa beb...
ngekk!
next zurich-lucerne
kalau2 map buat hal signboard yg banyak boleh membantu...
30 min memandu dah sampai lucerne..
bas elektrik yg beroperasi di bandar lucerne selain train..

apa2 pun kita cari parking dulu, ada banyak jugak parking yg aku dah tanda dekat lucerne ni..
di kawasan ni ada street parking yg murah tapi bila berhenti tengok maksimum 15-30 min je, cancel..
dekat map sepatutnya ini tempat parking kereta tapi bila sampai penuh basikal pulak, so mark parking lain pulak..
tengah drive tak sedar lalu tepi kapellbrucke
last sekali terpaksa jugak parking dekat sini walaupun mahal, dah semua option parking tadi tak mengizinkan, nak buat camana, tapi yg bestnya walaupun mahal tapi parking ni sangat dekat dengan tempat tumpuan, keluar2 je dah nampak kapellbrucke tadi..
parkhaus bahnhof, kalau tak kisah caj mahal boleh parking sini, sangat dekat nak berjalan pegi mana2pun..
bersih betul parkingnya, boleh baring..
macam kat kl sentral ni, hub pengangkutan awam..
tandas percuma di luar bangunan..
cuci2 tangan jelah, nak minum tak berani takut bukan air bersih..
jeti cruise boat lucerne..
walaupun berada di tengah2 bandar yg sibuk airnya tetap jernih dan terjaga, sampai boleh nampak dasar..
cuaca panas kering bolehlah lepak melukis kat sini, kalau kat kl?
seebrucke
segar mata melayan pemandangan disini..
gambar dia jelah yg banyak..
casagrande gift shop, tak murah tapi dah tiada pilihan..
beli keychain je sebagai kenangan..
fine day in lucerne
wilkommen in luzern
parking berharga 5 chf untuk masa tak sampai 2 jam, sejam 2.50 chf.. buat2 pejam mata kira macam duit malaysia dahla..
sekarang dah pukul 4pm, destinasi terakhir untuk hari ini ialah penginapan di iseltwald, dengan mengira masa nak berhenti untuk bergambar di perjalanan nanti eloklah kita bergerak sekarang..
ambil susur kanan ke interlaken, akan jumpa iselwald dulu baru interlaken..
keluar masuk terowong yg membelah gunung-ganang adalah biasa disini..
makin lama memandu makin terasa suasana dan pemandangan switzerland yg biasa kita lihat, kalau nak diikutkan setiap tempat nak berhenti untuk bergambar, sabar2, ada 3 hari kita disini, banyak masa lagi..
tasik yg biasa pun airnya jernih kebiruan..

kaklong dah terpukau habis dah masa ni..
turun naik keluar masuk terowong, here maps pun dah berbelit2, mujur dia tak buat hal..
lake lodge, iseltwald
sebelum jalan2 kita check-in dulu, comel betul mouse dia, gegirl betul..
bayar cash masa check-in, dekat rm600 jugak untuk 2 malam campur cukai..
inilah rupa bilik aku untuk 2 malam disini, bilik tingkat 1, dapat bilik tepi sekali dan menghadap tasik brienz..
balkoni yg lengkap dengan kerusi meja..
rasa macam nak pindah terus ke sini..
toiletnya super bersih, daki2 takde langsung, apa lagi nak kata..
tisu jenis tebal dan berkualiti macam yg dijual di ikea, letak dekat toilet je!
inilah host hotel ni, nina yg sangat ramah bersembang dan explain pasal tempat ni dan aktiviti2 yg ada disekitar iseltwald dan interlaken, padanlah hotel ni cantik, macam tuannya jugak.. 
tempat rehat dibelakang hotel, yg lain tu rumah2 orang swiss..
untunglah ada rumah dekat kawasan macam ni..
antara aktiviti2 yg ada jika menginap di hotel ni, berkayak.. aku dah tak ingat berapa bayarannya tapi yg pasti tak mahal..
ruang santai di depan hotel yg juga menghadap tasik..
layan..
jalan2 menghirup udara segar di sekitar hotel..
lepak2 dekat sini sehari tak pegi mana2 pun takdehal...
rumah penduduk yg menjual cheese, homemade ni..

aku dan kaklong sama2 cakap yg rumah ni klasik dan cantik..
 kolam takungan air semulajadi, mengalir dengan perlahan, sungguh jernih!
iseltwald
gambar dengan background strand hotel dibelakang, aku dah check rate hotel ni sebelum datang, ngeri..
petang ini aku menghabiskan masa dengan kaklong melayan pemandangan disini hingga sunset, tinggalkan semua yg serabut sampai tak sedar hari dah makin gelap..
ruang dapur dan makan yg disediakan untuk tetamu hotel, nak memasak, air panas, roti atau kopi juga ada disediakan, tiada bayaran..
chimney pun ada, masa salji tebal nanti berfungsilah dia..
jadual pegerakan bas ke interlaken dll, masa check-in tadi nina ada bagi kad kecik, katanya boleh digunakan secara percuma untuk naik bas2 disini, so yg malas nak jalan2 bawak kereta boleh guna kemudahan ini..
malam ni kaklong masak nasi dalam travel cooker comel kami dalam gambar tu, kira2 dalam trip ni sehari 2 kalilah digunakan untuk masak nasi, dah banyak sangat jasa dia.. roti, tuna, maggi cup, chocolate spread pun masih ada berbaki kalau nak sulam sebagai snek, punya seronok berjalan sampai tak ingat nak makan, tau2 perut dah berbunyi tanda dah lapar sangat, kalau ada anak kecik ikut kami memang meragamlah budak tu hahah.. stok lauk yg aku bawak dari malaysia setakat ni masih cukup kalau nak dikira hingga habis trip ni, pengalaman travel sebelumnya dah ada so dah pandai sikit la nak bajet stok..


patutlah bila baring atas katil ni rasa sedap giler, selak2 bantal made in swiss beb! mana nak cari kat kl ni, sapa tau kalau ada jual kat kl bagitau aku.. tapi serius, tilam, bantal dan comforter hotel ni aku bagi 5 star, terkenang2 sampai hari ni..
pukul 11pm aku tak tidur lagi, sayang kalau tidur awal dan meninggalkan pemandangan yg indah macam ni, tasik brienz  tenang dan berkilau disimbahi lampu2 disekelilingnya, kaklong ada cuba keluar nak menemani aku tetapi tewas dengan kedinginan angin yg kuat, so terus dia masuk ke dalam dan tidur, heater aku dah on tadi, kalau takde heater aku percaya selimut yg selesa tadi pun takkan membantu..

Expenses Day 6
switzerland vignette                  : 40.00 chf
lake lodge hostel x2 night         : 140 chf
       Total = 180.00 chf  / rm 756.00

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.