Wednesday, 2 May 2018

Kembara Eropah (Amsterdam-Cologne) Day 4

16.10.17 isnin. Day 4
Parking yg luas di depan hotel, mudah nak angkut barang dan dekat nak ke bilik.. seawal 6.30 pagi aku dah bersiap2 nak ke bandar amsterdam, bukan apa, hari ni isnin so terbayang2 jem nak masuk kl yg ngeri, sebab tu aku decide nak masuk awal ke bandar amsterdam, harap2 tak jem lagi.. semalam sebelum tidur belek2 google maps terjumpa p+r olympisch stadion, yg menariknya bukan apa, ianya adalah kawasan parking di bawah stadium (olympic stadium), nampak menarik, boleh snap2 gambar lebih kurang, so aku set nak parking dekat sini.. sebenarnya tak kisah la nak parking kat mana2 p+r pun, beli tiket harganya sama je...
campanile amersfoot - p+r olympisch stadion, lebih kurang setengah jam...
nak bezakan parking p+r dan parking biasa kat amsterdam ni senang je, dah tentu ada tulis P+R kan, so taklah silap masuk parking biasa yg mahal..
awal2 pagi memang banyakla parking kosong, parking basement ni.. sebelum ke bandar kita sarap dulu air yg dibancuh kat hotel tadi dan makan apa yg ada sebagai alas perut..
mesin tiket GVB, ada pelbagai pilihan bahasa, harga sama untuk mana2 stesen, cuma key in nak pass per hour atau lain2, masuk credit card, settle..
hah kena baca ni, cara2 menggunakan parking dan train di amsterdam
5 euro untuk 2 orang
inilah rupa tiketnya, boleh guna untuk train atau bas company GVB
olympisch stadion amsterdam, kelihatan pekerja2 dah mula sibuk usung barang2, lori pun banyak keluar masuk, ada event kot.....
kat sini pun ada sign iamsterdam...
dari stadium tadi dah nampak pun stesen ni, jangan naik bas merah tu pulak, naya..kena tunggu bas atau train biru GVB..
sekejap tunggu train dah sampai
ramai jugak yg dah naik, kat depan ni berenti lagi isi orang conform penuhla japgi...
Train route dari olympisch stadion ke dam square, kalau tengok dalam map tu p+r amsterdam rai yg aku plan nak parking semalam tu pun dekat2 area ni je.. train ni pun 1 hal jugak, sepatutnya aku turun dekat rijksmuseum sebab nak ke sign i amsterdam yg famous tu, tapi entah macam mana train ni melencong ke lain pulak, tak taula kalau aku terlepas stesen ke atau silap naik train...
terus bukak here maps check current location, memang dah terlepas..tapi takpe, bukannya train ni pegi london pun, paling jauh pun amsterdam centraal je, apadahal.. so kalau ikutkan stesen paling dekat aku boleh berenti sekarang adalah dam square, ok ngam...
stesen dam square, teruja betul masa ni dapat jejak bandar amsterdam, kerja ambik gambar jelah kat sini...

dam square
jalan2 dengan pemandangan yg cantik di sekeliling..
jeti bot2 canal tour, bersusun pengusaha2 bot disini..
tak naik, ambik gambar je...
warga amsterdam yg mula sibuk dengan urusan masing2...
kelihatan amsterdam centraal di belakang..
terusan2 ini sangat popular hingga menjadi simbol di amsterdam..

jom explore celah2 bangunan pulak...
rumah persembahan kupu2 malam..
di hadapan ripley's museum
madame tussaud amsterdam..
tengah ikut kakak ni yg bersungguh nak tolong guide kami..
dah puas explore dekat sini aku nak geraklah ke rijksmuseum yg ada sign iamsterdam tu, so aku tunggulah train dekat stesen aku turun tadi, aku tak pasti train no berapa yg menghala ke rijksmuseum so aku tanyalah kakak ni, punyalah dia nak tolong kita sampai sanggup guide kami ke stesen tu, katanya bukan dekat sini tapi dekat sebelah blok sana, aku kata takpelah, aku boleh cari sendiri, dapat info ni pun dah cukup, tapi dia nak jugak guide kami kesana, takut kami tak jumpa katanya, terharu sungguh..
inilah stesen nya, memang sebelah je dengan blok tadi, jadual ketibaan train pun ada..
lepas aku snap gambar kaklong ni ada perempuan datang duduk sebelah kaklong, siap mintak izin nak duduk, bagus betul akhlak diorang..
jalan ni memang kereta tak lalu ke? tapi ada kereta parking kat tepi jalan tu, sebelah laluan train sebelah lagi laluan kereta dengan bas lah kot...
tengok kiri kanan cuba faham sistem trafik di tengah2 bandar amsterdam ni...

i amsterdam sign di depan rijksmuseum, naik train pun sekejap je dah sampai, kalau masa banyak aku boleh selamba je jalan kaki dari dam square tadi...
nak tunggu peluang untuk bergambar berdua tanpa kelibat makhluk lain adalah hampir mustahil disini, pukul 3 pagi mungkin boleh..
nak capture full sign iamsterdam ni kalau pakai gopro tak payah jauh2 sebab dia wide angle, itu kelebihannya, kekurangannya pulak image quality gopro ni just okla, tak secantik phone camera.. untuk trip kali ini aku hanya guna camera gopro dan iphone sahaja, rasa tak sanggup pulak nak mengusung dslr dengan alat2 tambahan yg berat tu kesana sini, nak cari setting lagi, dahla mengejar masa, kalau trip ni sebulan mungkin aku akan bawak...
jauh mengelamun tu..
Oo inilah marathon yg buat spoil plan aku semalam..
travel in budget? boleh tengok2 dulu harga tiket amsterdam attractions disini, harga cruise boat n bus pun ada tu, senang nak decide...
ticket booth for canal cruise...
dekat malaysia aku banyak nampak orang pakai baju hard rock amsterdam, so harini dah alang2 dekat sini kita singgahla tengok apa yg menarik...
design dia macam sama je dengan hard rock brussels hari tu, nama bandar je yg membezakan, kalau di harley davidson setiap tempat atau negara design nya berbeza2 so kita ada banyak pilihan...
lepak2 sekejap merehatkan kaki..
ni ada lagi 1 masalah, dah puas jalan2 dekat amsterdam ni aku nak beli tiket train balik ke tempat parking kereta, pusing2 dekat rijksmuseum tadi nampaklah mesin beli tiket ni, aku pun dengan confident nya ikutlah arahan kat skrin tu, dah elok enter nak beli tiket 1 hour ada arahan suruh bayar, aku tengok takde pulak slot untuk duit kertas atau syiling, yg ada slot untuk kad, ok aku pun swipe masuk credit card tapi error, 2 3 kali try pun sama, ah sudah kena block ke kad ni, so aku try kad lain pulak, pun sama error jugak, last2 aku cancel kan transaction dan tunggu orang lain yg nak guna mesin tu, bila aku tengok betul2 kad yg diorang pakai tu takde rupa credit card pun, aku pun tanyalah sorang perempuan ni camana cara nak beli tiket n aku explain kat dia yg kad aku tak boleh pakai, rupa2nya mesin tu memang tak boleh beli tiket pakai kad atau cash, kalau nak beli pakai cash boleh walk-in terus je beli kat dalam train, ooo baru pakcik tau, ok tq2..
akak, tiket 2 orang pegi klcc...
lepas drama tadi selesai aku pun tunggulah train2 yg lalu, setiap train yg berhenti tu aku tanya pergi olympisch stadion ke tak, yelah disebabkan aku tak study betul2 pasal train kat amsterdam ni so nilah jadinya, lepas 3 4 train yg lalu ada 1 train ni cakap dia tak pergi olympisch stadion tapi boleh je kalau nak naik train ni dan tukar train dekat tengah2 lokasi, kiranya macam connecting flight lah ni, so aku pun ikutlah cakap dia...
jangan lupa tap dekat mesin tu masa naik dan turun,kalau tak masaklah nak bayar duit parking kereta...
2 orang euro 5.80, mahal 0.80 dari beli dekat p+r olympisch stadion pagi tadi.. 
so lebih kurang 10 min dalam train pilot bagitau yg aku perlu turun di stesen ni (tak ingat kat mana) dan tggu next train number (pun aku tak ingat jugak), bila sampai je stesen tu kebetulan train yg aku nak kena naik tu tengah berhenti, dia bagitau kalau sempat kejar naiklah train yg tu, kalau tak sempat pun takpe, akan ada lagi train yg sama lepas ni, aku pun turun dan berkejar ke train di depan, mujur sempat...
selamat sampai di olympisch stadion, mesin beli tiket pagi tadi kat sebelah tu, yg ni mesin untuk validate tiket gvb n bayar parking..
ni ada lagi 1 perkara yg perlu diberi perhatian, masa aku membaca pasal gvb train ni, aku terlepas pandang tentang masa parking dan caj yg berbeza2 di p+r amsterdam, aku ingatkan kalau dah parking di p+r dan guna gvb transport ni caj parkingnya cuma 1 euro, betul, memang 1 euro, tapi nak dapatkan rate 1 euro tu kena masuk lepas pukul 10 pagi, kalau masuk sebelum pukul 10am cajnya akan dikira flat rate 8 euro sehari, hadoi macam2lah diorang ni, tapi ok lagilah dia kira 8euro, kalau dia kira normal rate mau 3x ganda..
next destination amsterdam-cologne. sebelum bertolak ni kaklong dah lapar so tinggal makan jelah nasi yg dah dimasak dekat hotel pagi tadi...
singgah dulu isi minyak euro 50.00, masa ni tak silap aku dah dekat2 nak sampai cologne..
dah sampai dekat sini here maps pun bagi arahan untuk susur keluar ke kanan, exit je dari highway berderau darah aku tengok ada polis buat roadblock, bayangkan keluar je dari highway ambik simpang kanan terus nampak roadblock, polis german ni oi bukan polis malaysia, memanglah aku takde buat salah tapi dia punya berdebar kena roadblock kat oversea ni lain macam beb, dengan polis yg ramai dan ada signboard berhenti bahasa german, kereta polis di kiri kanan jalan.. dekat depan aku ada 2 kereta, polis tu tak tahan tapi aku nampaklah diorang tengok2 keadaan dalam kereta, janganlah sampai turn aku japgi korang tahan tanya macam2 sebab aku tak pergi kursus bahasa german lagi ni.. so bila sampai je turn aku nak tau apa jadi? polis yg berdiri sebelah kiri tiba2 berpusing ke tempat lain seolah2 aku tak lalu kat situ, yg sebelah kanan dan yg tahan kereta sebelah sana pulak tengah sibuk dengan kerja masing2 so aku berhenti pun dia buat tak tau, apalagi jalan teruslah, selamat!!!
macam nilah lebih kurang keadaannya... (pic credit google)
di bulatan berhampiran hotel, disini banyak warehouse sale barang2 macam vacuum, drill dan seumpamanya, murah...
motel 24h koln.. (pic credit google&booking.com)
petugas dekat kaunter hotel ni kurang mahir berbahasa inggeris, aku bagitau nama untuk dia check pun dia susah nak faham, sudahnya aku tulis nama atas kertas dan dia sendiri yg pergi tolong check-in kan aku kat machine ni, tapi yg bestnya dia ni ramah..
euro 34.20 = rm 162.00 (sepatutnya bank charge rm173.00)
sama jugak macam hotel f1 paris, nak masuk bilik enter password dekat pintu..
petang ni aku memang takde plan nak ke mana2, aku rasa badan ni perlu rehat lama sikit hari ni, kalau trip ni ada 2 orang yg boleh drive lagi panjang langkah aku, sampai malam pun takdehal, so aktiviti petang ni hanya lepak2 di hotel dan berjalan di sekitarnya sahaja...
hotel untuk hari ni toiletnya di luar, shower ada disediakan bersebelahan, gambar bilik aku cari tak jumpa pulak, banyak sangat gambarnya pun, pening nak pilih dan susun untuk disumbatkan dalam blog ni..
malam ni aku dan kaklong banyak duduk bersama diluar hotel yg ada disediakan kerusi dan meja untuk tetamu bersantai, lepak2 borak2 sementara nak tunggu perjalanan hari esok...

Expenses Day 4
train amsterdam-  5 euro + 2.90 euro x2 : 10.80 euro
parking p+r olympisch stadion                : 8.00 euro
petrol                                                       : 50.00 euro
hotel                                                        : 34.20 euro
          Total = 103.00 euro / rm 510.80

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.