Wednesday, 9 May 2018

Kembara Eropah (Cologne-Stuttgart) Day 5

17.10.2017 Selasa. Day 5.
pagi ni seperti biasa aku keluar awal, pukul 6.15am dah bergerak, hari ini antara hari yg aku nantikan, berada di negara industri automotif terkemuka dunia, jadi peluang dan masa yg ada takkan disia2kan...
masa aku keluar ni cafe pun tak bukak lagi, kalau nak breakfast kena bayar 6 euro, macam biasalah aku dah bancuh siap2 air panas untuk bekalan dalam perjalanan..
motel 24h cologne, gambar di awal2 pagi memberi efek yg agak menakutkan ha3...
route pertama hari ini cologne-nurburgring
selepas sejam perjalanan, setakat ini kereta masih berkhidmat dengan cemerlang, suhu semakin hari semakin menurun dengan sunrise yg makin lewat, tanda2 makin hampir ke musim sejuk...
7.45am sampai nurburgring, masuk kawasan parking yg sepatutnya berbayar tapi palang terangkat dan ada simbol senyum dekat skrin parking, free la tu...
termenung kejap aku tak percaya dah sampai sini...

that special moment, nurburgring, nurburg, germany..
kaklong kata dia happy untuk aku walaupun dia tak rasa apa2 bila sampai sini, hampeh...
cigarette vending machine, kalau ada kat malaysia best ni, dah tentu kena kopak..
main entrance..
souvenir shop bukak pukul 10, cantik sangatlah, abis ronda2 dalam trek karang boleh shopping..
poster ni diorang tak jual pulak, kalau ada aku nak beli buat frame gantung kat rumah...
kereta jenis mclaren ni boleh disewa untuk merasai pengalaman di litar nurburgring, tapi duduk sebelah, bukan ko yg bawak..
pamphlet info...
tiket masuk ke grand stand berharga 2 euro seorang, harga berbeza mengikut event..
adik manis, abg mau birgambar sikijap.. tak busy bolehla dia melayan selfie..
 nurburgring info & ticket counter..
aduhh, teruja betul 1st time dapat tengok depan mata, selama ni main game dengan tengok video je...
jadi apa yg menariknya trek nurburgring ni? trek legend ni kalau bawak kereta nak habis 1 lap jauhnya lebih kurang 20 kilometer, bersamaan 4 kali pusing trek sepang!, ianya termasuk antara trek yg terpanjang di dunia.. trek ni ada 2 part, gp circuit sepanjang 5 kilometer dan selebihnya trek yg sempit dan taktikal sepanjang 15km, banyak event2 besar termasuk pengeluar2 kereta yg menguji produk mereka di trek ini, nak bawak kereta sendiri untuk dipandu di dalam trek ini juga boleh dengan kos euro30 untuk 1 lap, aku bawak kereta sewa, agak2la beb.. 30 euro memang murah, tapi kalau jadi apa2 dekat kereta sewa dalam trek ni insuran tak cover, menangis kalau jadi apa2.. nak tau kos kalau terjadi kecelakaan dalam trek ni?
menangis beb kalau accident dalam ni, tapi ayat last tu aku suka, kalau bawak kereta sendiri conform aku masuk!!
mana nak dapat trek lumba macam ni kat tempat lain, sekarang kalau main ps4 gt sport teringatla trip ni, syahdu.. (credit google image)
hari ni ada audi track day event, layan..

security macam ni baru betul, nak masuk dan keluar kena scan tiket, dia punya palang memang takde harapan nak curi2 masuk, beli tiket murah nak masuk grand stand scan conform tak lepas punya.. ini tak, masa tengok F1 finale kat sepang haritu masuk kat grand stand aku tengok tiket mahal ke murah ke orang main belasah redah je sampai ada yang berdiri, security pun cincai, bayangkan kalau orang beli tiket mahal tapi seat takde then kena berdiri, amacam?
kenangan tengok last F1 sebelum trip europe ni...
dah puas dekat dalam trek layan event keluar tengok fanshop dah bukak, apalagii..
ni orang yg katanya tak rasa apa2 bila datang sini, tapi itu tadi, sekarang beliau yg lebih2..
seronok beb shopping kat sini, yelah dah benda kita minat, boleh tahan jugaklah amaun yg dihabiskan sampaikan aku dapat 10% diskaun from total bill..
terbaik shopping kat sini, barang2nya berkualiti, design pun gempak2..
next destination nurburgring-harley davidson stuttgart
lebih kurang pukul 11.30am aku teruskan perjalanan ke stuttgart, misi seterusnya ke harley davidson stuttgart, nak bergambar dan beli city t-shirt tanda kenangan di germany..
tenang dan cantik pemandangan di nurburg ni, serius..
kalau menghala ke kiri akan sampai ke adenau, tempat ni memang cantik, tapi sebab banyak masa dihabiskan di nurburgring so terpaksa skip ke adenau...

suasana2 yg mengiringi perjalanan..
eh adenau ke tu? cantiknya...
mula memasuki highway autobahn ke stuttgart..
petrol stop...
lepas isi minyak berenti makan sekejap di hentian ni, terpandang scania model R730, ui gempak ni, malaysia tak masuk lagi rasanya...
di persimpangan korntal, stuttgart, nak sampai dah ni..
established 1985
staff ni tengah promosikan special release harley davidson collaboration with guns n roses, pehh band favourite aku tu, memang rembat teruslah.. 
kalau dapat bawak balik malaysia dengan harga murah macam ni memang heaven lah beb..
'terima kasih bang, lain kali datang lagi' haah ye..
harley davidson stuttgart, korntal, germany..
banyaknya aktiviti menarik hari ni, ni nak pergi museum porsche pulak, kilang pembuatan porsche yg dihantar ke seluruh dunia pun kat sinilah..
dekat sangat pun tempatnya, dalam 2 kilometer dah sampai..
im here, porsche museum n factory, stuttgart
deretan model2 porsche yg disusun di depan pintu masuk museum..
german pride
tak boleh tahan, nampak lazat betul, carbon ceramic tu beb..
kaklong yg nampak sangat ganjil diantara ramai2 dekat situ, aku memang muka bangla so orang tak heran..
porsche werkstatt (ada tulis kat atas tu)
aku tak masuk dalam museum ni sebab tak cukup masa nak pergi museum mercedes pulak lepas ni, dekat luar dan ruang legar pun dah ada banyak model2 porsche yg dipamerkan so tak ralat sangat kalau tak masuk pun..
kembang hidung dapat sampai sini..
ngam! dah jom gerak ke museum mercedes pulak.. parking kat basement tadi tak sampai sejam free kata awek kat kaunter tadi, so just validate ticket jelah..
porsche museum-mercedes benz museum
memang bandar kereta betul stuttgart ni, pandang kiri kanan pening tengok showroom kereta sesaja..
tengok design bangunan diorang ni pun otak aku dah rasa pandai..
drive kat mana2 pun kalau nampak train atas jalan ni seriau aku, takut tiba2 dia silang depan aku, masak..
negara german, orang german, kereta german.. kita sebut 'BMW', german sebut 'BMV'
tengok rumah macam ni aku teringat cerita the bourne..
setengah jam jugak drive nak sampai sini sebab jalan boleh tahan sesak dan banyak traffic light..
area ni complete dengan mercedes arena, museum, factory dll, kira area ni bandar dialah sampai nama jalan pun nama mercedes..
kawasan parking basement, keluar2 kereta terus nampak kereta ni dalam cermin.. dahsyat betul, sampai ke parking pun dia display kereta..
ni ada lagi sebiji, geram betul aku tengok..
masuk museum lewat petang so dapat diskaun 50%, 5 euro per pax...
satu gadget akan diberi untuk info2 semasa lawatan, tekan button info untuk update point-to-point..
first impression bila melangkah masuk museum mercedes-benz ni kita dapat rasa kualiti semua material yg digunakan sangat tinggi, feel bila berjalan dalam museum ni lain macam, nak describe pun susah unless datang sendiri, kenderaan yg dipamerkan pulak memang terbaiklah, kerja2 preserve n restore diorang aku boleh rate 100%, perfect!
layan gambar2 ni semua, tengok dan nilaikan sendiri..
cerita2 lama macam dalam titanic tu pakai kereta macam nilah, jack dawson jugak untung..
fine art
mercedes 300SL gullwing, kalau sesiapa yg memiliki kereta ini anggap sahaja anda sudah menjadi jutawan..
model2 dari setiap era ada dipamerkan..
bangga kejap tengok kereta ni.. kat tepi f1 tu model sauber c9, legend tu, merdu kalau dia nyanyi, tapi apa2pun tak boleh lawan mazda 787b, dia punya jerit boleh gugur jantung!
petronas yg dah lama mengharumkan nama malaysia di mata dunia, F1 world champion 4x in row beb!
lanyard bertulis mercedes-benz museum diberi sebagai souvenir masa pulangkan voice info gadget..

seksi betul, kalau dapat rembat seround dekat nurburgring ni tidur pun senyum oo..
dahla lawa, dia punya lowered tu tahap pinggang aku je bang..
monumen yg setia dekat luar museum ni..
pengalaman yg cukup menarik dan berharga disini...
mengabadikan kenangan..
kereta2 collectors edition untuk dijual.. harga? tengok bawah..
bayaran parking hanya 2 euro..
punyalah bahagia kat sini sampai tak sedar museum dah nak tutup, kaklong pun melayan jelah aku walaupun dia tak berapa minat pasal2 kereta ni.. dahla tu, letih sebenarnya ni, tapi excited punya pasal sampai tak terasa penatnya..
last checkpoint untuk hari ni..
pembelajaran hari ini. ausfahrt=keluar. zufahrt=masuk. ha3, memanjang nampak sign ni je sampai hafal dah..
menghampiri kawasan allmersbach, masa ni dah pukul 6.30..
lagi 3 km nak sampai..
cantik lalu sini, macam dah bertukar lalu kawasan kampung pulak..
on the way nak ke allmersbach terserempak pasaraya ni, elok sangatlah, kebetulan stok2 air dan makanan ringan pun dah nak habis..
1st round aku pusing2 dulu, tengok harga makanan dekat sini macam tak percaya, takkan murah sangat, yelah dalam fikiran aku dok terbayang tesco ioi tempat aku selalu beli barang makanan, so harga barang2 ni memang aku sangat familiar lah, tapi kat sini macam aku nak borong semua sebab kebanyakan makanan asas bawah 1 euro je! tengok sendirilah antara gambar2 yg sempat aku snap kat bawah..
ni kalau kat tempat kita mau rm10..
susu segar serendah 0.70 euro sekotak..
instant bread n french fries bawah 1 euro sebungkus..
0.60 euro je beb boleh buat kenduri mash potato...
kaklong pun pening dah taktau nak beli apa sebab murah2..
menyesal pulak rasa aku tak borong banyak2 pretzel stick ni, murah dan sedap! sape yg nak pergi sini aku nak kirim..
6 botol air mineral ni 1 euro beb, memang tak cakap banyak ambik sebundle terus buat stok...
beratur jugak nak membayar, boleh tahan ramai...

campinghutte allmersbach,pemandangan dari atas restoran kaunter check-in..outdoor sport center ni, parking caravan pun ada..
16 euro = rm76.00
check-in ambik kunci dekat sini, kat atas tu restoran, masa aku masuk penuh customer tengah dinner, ada staff akan layan kita untuk urusan bilik..
ada 2 3 bilik lain yg berpenghuni malam ni, petang tadi lepas check-in ada jugak borak2 masa lepak dekat bangku tu, ada orang luar dan tempatan, anak2 kecil mereka pun ramah menegur kita bila berselisih, comel! bila malam semua dah berkurung dalam bilik, aku keluar sekejap2 je sebab nak vape, kawasan2 kampung, berbukit dan berangin macam ni tidak mengizinkan untuk bersantai lama2 di luar... 
sedia maklum yg bantal tidak disediakan, yg ada dalam gambar tu hanya katil dan tilam, mujur ada bantal kecil dan selimut yg emirates bagi, settle..
bilik camping ni cukup ringkas, ada 2 katil, meja,kerusi panjang, plug point dll.. harga 16 euro je, nak apa lagi?
syiling yg tergantung tu perlu dimasukkan di slot pintu untuk mandi atau ke tandas yg terletak di luar bilik, mungkin nak mengelakkan orang luar menggunakan tandas tersebut so syiling khas digunakan...
antara barang2 yg aku beli dekat pasaraya tadi, ada lagi dalam beg ni, tak keluar semua, total belanja semua 6 euro je, apa2pun pretzel stick cicah dengan coklat dalam botol tu serius sedap!

Expenses Day 5
nurburgring ticket = euro 2.00 x2     : euro 4.00
petrol                                               : euro 55.27
mercedes museum = euro 5.00 x2 : euro 10.00
parking mercedes                           : euro 2.00
pasaraya netto                               : euro 6.00
campinghutte allmersbach             : euro 16.00
     Total = euro 93.27 / rm 471.95

4 comments:

  1. Salam bro..
    Harap2 bulan puasa ni dapatlah bro update cepat2 ye.. hihi

    ReplyDelete
  2. wsalam.. insyaallah kalau laju internet kat ofis ni lajulah aku update..

    ReplyDelete
  3. Salam.. Pic no 2 kak yong punya bad tu cantik. dia beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  4. Beg putih pink tu kata kaklong brand victoria secret..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.