19.10.2018 Khamis. Day 7
Perkara pertama yg aku buat bila bangun pagi ni adalah bukak pintu balkoni dan menghadap view pagi tasik brienz dan swiss alps, lebih kurang pukul 7am hari dah mula nak cerah, kaklong masak air jadi aku bancuh kopi dan lepak di balkoni hingga hari cerah..
cuci mata dulu sebelum diteruskan dengan itinerary hari ni..
pukul 8.00am, kelihatan anak2 yg akan memulakan persekolahan..
werkstatt, teringat porsche museum di stuttgart..
terusan sungai di sepanjang jalan..
tengah syok drive tiba2 ada segerombolan trak2 askar swiss mengekori dari belakang, terus bagi signal masuk stesen minyak ni sebab nak bagi diorang jalan dulu..
dah nak mula mendaki ni..
Ada dua seksyen turun naik di laluan ini, yg pertama dari Innertkirchen-Wassen yg dikenali sebagai Susten Pass, yg kedua adalah dari Hospental-Gelmerbahn aka Furka Pass. perjalanan untuk 'tawaf' laluan2 ini mengambil masa lebih kurang 5 jam walaupun here maps menunjukkan lebih kurang 2 jam sahaja, itupun aku tak berhenti di semua lookout point!satu lagi yg perlu diberi perhatian adalah waktu yg sesuai untuk memandu disini, pada musim sejuk yg mana saljinya tebal, ataupun semasa keadaan2 tertentu seperti ada runtuhan atau halangan akan menyebabkan laluan ini ditutup sepenuhnya, masa aku memandu disini pun ada sesetengah tempat yg permukaannya licin kerana ais yg mencair, juga kelihatan sedikit kesan2 runtuhan dan juga kerja2 penyelenggaraan..
jadi sebab apa aku nak memandu sendiri ke puncak swiss alps ni? swiss alps diakui antara driving route yg tercantik di dunia selain dari french dan italian alps, suasana atau pemandangan disini berbeza mengikut musim, masa aku pergi ni musim luruh ke musim sejuk jadi suasananya hijau kekuningan, salji tidak nampak turun memutih tetapi mudah dijumpai dimana2. jika berpeluang dan kena pada masanya adalah digalakkan untuk melalui route ini untuk merasai sendiri pengalaman yg akan membuatkan kita sangat teruja, gambar yg dimuatkan di dalam blog ini pastinya tidak akan sama dengan melihatnya sendiri melalui mata kita..
trak2 askar tadi berhenti di depan
taliban? patutlah askar datang sini
pekan2 kecil di celahan gunung-ganang
semakin tinggi mendaki semakin jelas pemandangan sekeliling
memasuki terowong yg dikorek dan tidak diplaster semula, macam kerja yg tak siap..
melihat swiss alps@snow cap mountain dari dekat! |
masih di laluan sustenpass |
snow cap mountain berada di paras yg sama tinggi dengan kita..
sempit betul jalannya, kalau berselisih memang kena mengelak sikit, tengok selekoh bercerun tu, agak gayatlah jugak!
salji yg banyak berselerak ditepi jalan..
over betul, sejuk datang sekali dengan angin, kalau ada standby longjohn kan bagus....
laluan menurun menghampiri wassen..
kalau bawak set dslr dengan manual setting scene jambatan ni conform jadi poster, ini shoot kereta tengah bergerak, pakai phone pulak tu memang hambarlah hasilnya..
pekan yg agak terpencil, pengunjung pun kurang..
hijau menandakan laluan2 yg dibuka, kalau merah kena patah balik, naya..
permulaan pendakian fasa kedua untuk ke furkapass
trailer yg cukup canggih untuk tugasan mendaki disini..
banyak sangat spot2 menarik untuk bergambar, ini salah satunya..
semakin menghampiri puncak laluan furka pass
sampai di puncak furkapass, senang je nak tau sebab ada kawasan lapang yg luas dan parking, dengan cuaca yg baik macam ni memang boleh tengok pemandangan sejauh2nya, cantik macam lukisan!
Furka pass, obergoms, switzerland |
memandu turun lebih kurang 4 minit akan sampai di sini, belvedere..
cafe kat atas gunung macam ni, berapa agak2 harga secawan kopi dia..
tebal baju mak dia tu...
ni baru betul air mineral swiss alps, standard evian ni haha..
jalanraya berlingkar2 dah macam ular..
pengunjung kat sini lebih ramai dari furkapass tadi..
next belvedere-grindelwald. 1h30min-90km |
layan gambar jelah..
dah ke bawah sikit baru mula nampak tumbuhan hijau..