Tuesday, 13 March 2018

Kembara Eropah (KL-Paris) Day 1

QUICK FACT
1. itinerary ini tidak sesuai untuk bayi dan kanak2.
2. boleh menggunakan itinerary yg sama jika ditambah hari.
3. sebolehnya pilihlah penerbangan yg lebih selesa untuk perjalanan yg jauh.
4. kad kredit adalah 'wajib'.
5. aplikasi offline 'here maps' sangat efisien.
6. lesen IDP tidak perlu jika hanya memandu di negara eropah tidak melebihi 6 bulan. (info ini adalah tepat di negara2 yg dilawati dalam trip ini sahaja)
7. belajarlah bahasa asas setiap negara yg hendak dilawati untuk lebih memudahkan urusan.
8. di france, belgium, german dan switzerland mereka kurang yg boleh berbahasa inggeris kecuali yg berada di kaunter2.
9. makanan di germany sangat murah.
10. bawa backpack untuk barang2 penting yg mempunyai ciri keselamatan yg tinggi bagi mengelakkan dari diseluk.
11. jika menyewa kereta, pemanduan stereng di sebelah kiri memerlukan masa untuk penyesuaian.
12. sentiasa perlu ada plan 'B'.

P/S = perbelanjaan yg dinyatakan di dalam entri ini hanyalah kos yg wajib sahaja, kos shopping TIDAK termasuk.
koleksi city t-shirt harley dalam trip kali ini...
13.10.2017 Jumaat. Day 1.
masa aku tengah menaip entri ni, mulalah otak pun ligat recall balik memori2 trip di eropah dan pilih gambar yg berkenaan untuk dizahirkan di blog ni, tiba2 rasa sakit bila teringat kenangan indah perjalanan dan tempat2 menarik yg aku dah jejak, memang eropah negara yg cantik, setiap negara punyai keistimewaan yg tersendiri...
sebelum trip ni bermula macam biasala semua perkara2 wajib kena double-check untuk mengelakkan masalah di tempat orang, segala booking hotel, kereta sewa, tiket2, insuran dll.. dah set ngam semua apa lagi, jomm travel...
Tiket Return KL - paris RM 2206.38 all-in per person
insuran berharga rm 103.00 seorang, kaklong je yg kena bayar, insuran aku dah ditanggung, free...
lebih kurang pukul 7 pg aku dah mintak tolong kawan hantarkan ke airport, flight depart pukul 10.20am, sempatla nak check-in luggage dan breakfast dulu...
sampai di klia, suasana tenang, tak seperti di klia 2 yg sesak...
muka orang excited nak pegi berjalan, dari kecik lagi teringin nak pegi switzerland, cantik sangat dalam gambar n tv katanya, hmm tengokla dah sampai sana nanti apa cerita pulak...
settle check-in luggage n amik boarding pass, dapat 2 pass, satu kl-dubai, 1 lagi dubai-paris...
apa2 hal pun kita breakfast dululah, aku turun kat level bawah sekali, kedai mamak ni teh tarik dengan roti canai dia sedap...
selera betul kaklong makan, licin terus roti dengan air tu, rilek kaklong, atas flight karang kalau lapar mintak je kat stewardess yg comel2 tu. aku tak makan pun, melayan kaklong je ni.. abaikan 2 set vape yg aku dah setting kaw2 punya untuk trip ni, layan beb...
dah selesai makan. rilek2 kat luar sambil vape tak sedar dah 9.30 pg, terus aku masuk n ajak kaklong boarding, nak lepas imigresen semua makan masa jugak tapi tak lama sebab tak ramai, yg bawak anak kecik n family jangan ikut timing macam kami, biar ada masa renggang yg selesa untuk semua urusan...
Dah lepas imigresen sambil berjalan kepala dok toleh kiri kanan tengok duty free shop sampai terserempak scale model ni, cantik betul model2 kapal terbang yg ada, saiz pun besar, ingat nak mintak sebijik buat souvenir...
flight aku depart dari gate C24, so kena naik train dari sini ke sana... yg best dekat lantai tu warna merah dah macam trek orang berlari..
ok2 jadual kekerapan train ni ulang-alik sangat cepat so tak payah risau kalau tertinggal aerotrain ni...
takde seat dalam train ni, boleh bersandar macam tu je, yelah perjalanan pun bukan lama, berdiri seminit dua je pun.. pakcik tu jugak rilek, travel pakai kain pelekat, apadahal...
train ni kira macam membelah tengah2 landasan untuk ke terminal yg lagi 1, so nampakla aktiviti2 penerbangan dengan lebih dekat... 
keluar je dari train dah nampak gate sign, jalan sikit je, takyah penat menapak jauh2...
welcome aboard... serius cantik betul kabin flight ni, tapi mana jelitawan2 emirates? apasal mamat2 berjambang ni menyambut aku? arrgh!!!...
tuddiaaa...ni baru betul...dari mula masuk flight sampai ke seat diorang berdiri tersenyum menyambut penumpang mcm rakyat menyambut YB...stewardess minah salleh pakai topi style ni mcm tak berapa kena pada aku,dengan ada selendang pulak terjurai dari topi tu, nampak tak cantik, lepas flight berlepas diorang dah tak pakai topi ni, baru nampak cun...
Luas, cantik, selesa, ada gadjet untuk games, movie, music, charging port, wifi, bantal selimut, eh macam2 lah!!!
pakcik sebelah aku ni dari manchester, england, wife dia kat sebelah tuu, baru lepas tengok anak dia yg study kat melbourne, setiap kali lepas tengok anak mesti dia akan transit kat malaysia 2 3 hari, malaysia best katanya, jalan2 dan makan murah, hmm betul la yg pakcik cakap tu, yg tak murahnya bila kami ni nak ke negara pakcik, tukar duit pound dapat berapa helai je...
tepat 10.20 am pesawat berlepas dari klia, cuaca mendung mengiringi perjalanan, harapnya disana nanti cuaca baik, update weather forecast sebelum bertolak pun nampak ok je, kalau hujan pun sangat minimum dan sekejap2...

pada aku sistem entertainment dalam long haul flight perlu lengkap sebab penumpang akan duduk di 1 tempat dalam tempoh yg lama, jadi aku bagi 5/5 star pada emirates sebab berjaya membuatkan aku tak boring dalam flight, movie yg update dan banyak pilihan, music yg gempak, games pun ada...
lunch time, ni menu untuk kaklong, of course nasi la kalau dah tekak dia, untuk aku pulak set western, steak daging.. kek tiramisu dalam gambar tu sedap giler, aku siap pau kaklong punya padahal member baru makan sikit, terketap2 gigi beliau menahan marah.. sebelum anak2 kapal serve lunch ni diorang rajin ke hulu hilir bawak jus dan light snack, kalau takde pun boleh je bila2 kita panggil kalau nak makan apa2, mee segera pun ada, freee...sampaikan aku tengok last2 stewardess tu jalan laju je sebab tak ramai yg nak ambik air tu, dah muak la kot...
sedang melalui ruang udara india, ada 3jam 42min lagi nak sampai dubai, bila ketinggian mencapai 36000 kaki suhu pun drop sampai -44, pehh lebih dari beku ni...
antara menu2 ringan yg sempat aku snap gambar, masa ni kaklong nak makan pun mulut tak larat nak bukak dah, sudahnya tinggal macam tu je...

Dubai...tak sempat nak keluar pun sebab next flight gap sejam setengah je, masa beli tiket ni ada roger sepupu yg keje kat sini, dia suruh transit lama sikit, boleh dia datang ambik bawak jalan2 tengok dubai sebelum pegi paris, tapi bila aku tengok flight schedule masa tu takde yg sesuai untuk aku transit lama, kalau ada pun next flight akan jadi pukul 3-4 pagi, tak payahlah, menyusahkan orang pulak nak kena hantar aku pegi airport pagi2 buta...
ok ini adalah contoh reaksi muka pelanggan yg berpuas hati..
besar dan cantik airport dubai, juga agak sibuk, untuk connecting flight passenger tak perlu risau untuk mencari flight seterusnya kerana papan tanda arah sangat jelas di setiap sudut...
jalan2 ikut signboard dah sampai kaunter connecting, agak ramai sebab passenger flight lain pun pakai laluan yg sama, staff yg menjaga flow trafik ramai dan kaunter pun banyak jadi waktu beratur jadi cepat..luggage yg di check-in tak payah fikir dah sebab pihak airport yg uruskan, kita tinggal melenggang je...
lepas selesai urusan di kaunter connecting akan ada skrin2 untuk mengetahui info flight kita yg seterusnya, masa dapat boarding pass di klia tak ditunjukkan gate mana kita perlu masuk di dubai, jadi segala info2 akan dipaparkan disini... ok cantik, flight aku ke paris on time depart pukul 2.50pm waktu dubai, so kena jalan ke gate B31...
deretan kedai dan butik duty free, tergoda jugak, bolehla membeli ala kadar buat kenangan di dubai...
agak jauh di hujung gate b31 ni, setiap gate ada laluan sendiri jadi ia tak sesak, pegi kaunter tu tunjuk passport dan boarding pass, settle.. cuma muka diorang ni agak masam, arab biasala kan...
ada lebih kurang setengah jam sebelum boleh boarding, so boleh rehat2 dulu di seating area, pegi toilet ke, wifi free pun ada so bolehla update apa2 yg patut...
tak lama lepas lepak2 dekat seting area ada pengumuman untuk boarding flight, aku tunggu semua dah naik dulu baru kami pulak naik, flight ke paris ni jenis jumbo 2 tingkat, besar betul...
"ya3, flight ni pergi bota kanan, silakan..."
kali ni turn aku pulak duduk tepi tingkap, seat sebelah kaklong kosong, memang bestlah, cuma kaklong dah kena migrain sikit sebab tengok direct sunlight kat sini, tu yg muka dah jadi lemau, aku pun kena pakai rayban sebab silau terik bila tengok luar tingkap...toleh kiri kanan aku tengok penumpang pun dah tak sama, ramai jugak warga dubai yg nak ke paris ni, yela diorang kan kaya-raya, setakat ulang alik dubai-paris ni apelah sangat kan.. flight ni legroom dia lagi luas, kalau tengok dalam gambar tu pun antara seat aku dengan tingkap pun gap nya jauh, flight dari klia tadi agak rapat, kalaulah dari kl tadi flight sama macam ni lagi bestlah..
yalla yalla!!
airport dubai ni memang sibuk, berderet2 flight tunggu giliran nak take-off...

kelihatan burj khalifa di kejauhan, lambang kemegahan dubai...
anak pak arab yg duduk depan aku ni jadi peneman sepanjang flight, cepat mesra betul,  suka betul bila kita main cak2 dengan dia, lepas tu dok hulur tangan suruh ambik, tapi takkanla aku suka2 hati nak ambik anak orang kan, mak ayahnya pun sekali sekala toleh2 ke belakang sambil senyum2 kat kami, lawa maknya, gambar takde, agak2la beb, kena pelempang arab kang tak memasal berzikir terus sampai landing....
macam biasa, stewardess akan mundar mandir sambil bawak light snack n drinks.. awek ni cun sebenarnya, tapi angle camera masa ni buat dia nampak tak cun...
coke ni rasa sama je, cuma tin nya tu yg menarik, kecik comel, kat kedai takde jual nih, so masa flight balik kl aku mintak 4 tin semua perisa yg dia ada, bawak balik buat kenangan..tak malu betul...
dah boring tengok muka aku dia pegi main2 dengan kaklong pulak, bagus budak ni, sepanjang flight tak meragam langsung...
matahari dibawah awan, nak gelap dah, cantik suasana masa ni...
lagi 3jam 39 min nak sampai paris, flight sedang melalui istanbul aku datang, tengok suhu kat luar tu takut aku, -52!!
dinner malam ni, menunya semua lengkap, cheese block tu yg tak tahan, sedap betul, rasa lemak dan aroma cheese tu kuat sampai aku makan macam tu je, kaklong tak suka, cantik...
di monitor menunjukkan lagi setengah jam nak sampai paris, flight pun dah mula rendahkan altitude, total perjalanan yg memakan masa 15jam 40min bakal berakhir...

bonjour...flight selamat mendarat mengikut jadual, 8.05pm waktu paris...
bye2 comel, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari perjalanan kami, rindu2 boleh tengok gambar dia ni...
keluar je dari perut kabin dah mula rasa lain suasananya, dengan tulisan yg tergeliat lidah nak menyebut, perkataan french paling kami ingat adalah "sortie" ha3... sampai je di kaunter imigresen orang punyalah ramai, agak lama jugak menunggu, sampai giliran kami di kaunter petugas takde tanya atau check apa2, cop passport terus jalan, aik! macam tu je? patutlah ramai sangat pendatang di paris ni, hmm...
dah settle ambik luggage semua aku ikut signboard 'airport shuttle', sebelum tu aku keluar kejap untuk vape dan ambik angin paris kali pertama, tapi agak mengecewakan sebab bau yg menusuk hidung menyeksakan, berdekatan tong sampah di luar pintu airport baunya macam hancing, lantai basah dengan air kekuningan, mungkin arak atau kencing, awang2 hitam berkeliaran merata2, mereka berborak sesama mereka dengan suara yg kuat. bukan niat menghina manusia, kita sama sahaja cuma sikap dan mentaliti yg membezakan. sayangnya paris telah dicemari dengan ramai pendatang2 luar, itu yg kes jenayah pun tinggi. alah serupa korang pegi kl hari minggu lah tengok mcm mana, aku pun dah tak lalu dah nak masuk kl kalau takde urusan, masa aku sekolah rendah dulu rilek je mak ayah lepaskan aku pegi chowkit naik bas len seng sorang2, sekarang? nak keluar pagar je pun parents dah risau, nasibla... tak lama aku kat luar,  kali ni berjalan jauh sebab lokasi airport shuttle dari kaunter imigresen tadi hujung ke hujung, boleh tahan penat menapak, ada jugak ulat2 teksi datang menyapa kalau2 kita nak guna khidmat dia, dekat klia setakat ni takde lagi ulat teksi dalam airport, semuanya mesti berurusan di kaunter khas teksi atau airport limo...
tengah berjalan nampak escalator panjang ni, tapi dah diletak palang pulak, camana aku nak tolak troli yg penuh beg ni, adoii fail, kena menapakla jugak...
jalan lagi sampai hujung akan nampak sign 'hotels by shuttles', mujur ada lift, kalau kena naik tangga dengan beg2 yg berat tu agak melampaulah...
kita dekat tingkat 4, hotel bus shuttle tingkat 5, kalau nak terus ke paris by metro train boleh turun tingkat 2, aku akan pakai jugak train ni untuk 1 day paris tour, tapi bukan sekarang...
keluar je dari lif yg berbau macam hancing terus nampak platform untuk bas ni, kelihatan ramai pelancong2 dari luar dengan beg2 besar yg nak menuju ke hotel masing2, aku tengok2 jugak kalau2 ada penumpang yg naik flight sama dengan aku tadi tapi takde pulak, rasa2nya diorang ni kaya, takkan nak susah2 berjalan dan tunggu bas macam aku kan, mestilah naik teksi atau dah ada driver menunggu...
signboard yg menerangkan semua jenis shuttle bus ke hotel2, malam ni aku menginap di hotel F1 so aku kena naik bas blue line, semua bas2 dibezakan dengan warna, contohnya blue line bus akan berwarna biru dan bertulis 'blue line', tak faham jugak tak taula...
tunggu bas ye kak...
dari tempat menunggu bas dah boleh nampak stesen metro rer train dekat bawah, tak sabar pulak rasa nak explore bandar paris guna public transport...
lebih kurang 20 min menunggu akhirnya bas sampai jugak, memang tak putus2 bas akan lalu sini, tapi bukan bas yg aku nak naiklah.. bas ni free untuk guest yg nak menginap di hotel f1, cuma tunjuk je salinan booking hotel kat driver untuk pengesahan, kalau tak akan dicaj 5 euro seorang.. hotel lain pun free jugak tapi tak semua, bolehla check t&c masa nak book hotel...
perjalanan menaiki bas dari airport ke hotel lebih kurang 20 min sebab banyak checkpoint yg bas ni kena berhenti
lebih kurang pukul 10pm aku sampai hotel, bas berhenti betul2 dalam kawasan hotel ni, esoknya nak ke airport balik untuk ambik kereta sewa pun akan naik bas dan tunggu di tempat yg sama jugak, senang.. harga kalau walk-in lebih kurang 38euro campur tax, mahal 4euro berbanding booking online.. kalau nak selesa boleh booking hotel suite novotel kat belakang tu, semalam rm400...
satu malam termasuk tax semua jadi rm 169.00, masa aku pegi ni duit malaysia tengah jatuh...
tempat menimbang beg pun ada, nak check-in luggage lepas isi barang2 shopping boleh timbang dulu kat sini, 1euro...aku tak perlu benda ni sebab dah bawak siap2 portable weight scale...
nak masuk bilik hotel ni takde kunci atau kad scanner, main tekan je pakai password yg dia bagi kat resit tu, settle...
inilah rupa bilik aku untuk malam ni, tak besar pun, bilik mandi dan toilet kat luar, aircond takde sebab dah sejuk, heater pun test berfungsi dengan baik, cuma disediakan sinki kalau nak buat apa2, dan seperti dijangka plug point ada 1 je, yelah, hotel seratus lebih je beb, kira okla ni...mujur aku dah bawak extension plug, kalau takde memang jenuhla nak mengecas segala gadjet2 ni...
dalam bilik tak boleh merokok atau vape so aku turun kejap vape sambil melayan angin dan pemandangan kat luar... sambil2 vape tu aku terpandang deretan bas yg diparking kat depan hotel ni, semua scania touring!! kalau ada kat malaysia gempak ni beb..
masuk bilik aku keluarkan apa2 yg patut, nak masak air pun pakai travel cooker je, nak makan pun rasa kenyang lagi makan atas flight tadi, so makan maggi cup dah cukup.. stok makanan banyak yg dibawak dari malaysia, esok2 macam biasa sebelum bertolak masakla nasi siap2, senang, lapar je berenti makan...
"bonne nuit"

Expenses Day 1
tiket flight kl-paris all-in return : rm 2206.38 x2 : rm 4412.76
travel insuran                                                     : rm 103.00
breakfast di klia                                                 : rm 4.50
hotel F1                                                             : rm 169.00
total                         = RM 4689.26

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.