14.10.2017 Sabtu. Day 2
 |
konon2 kebal pakai t-shirt je pagi2 buta ni, tak sampai 5 min dah menggagau cari jaket... |
pagi ni aku bersiap dan check-out seawal 6.30 pg, sedang elokla nak tunggu bas dan ambik kereta sewa di airport, booking pukul 8, tapi kalau sampai awal pun boleh je, company2 besar ni sgt flexible dan jarang menyusahkan pelanggan2 mereka...
 |
tak lama tunggu kat depan hotel bas pun sampai, ramai jugak yg nak ke airport pagi2 ni, flight awal lah kot..bas ni memang dah dikhaskan untuk penumpang yg bawak beg2 besar rasanya sebab seatnya tak banyak, ruang kosong yg ada dikhaskan untuk letak beg, kalau padat mcm rapid kl masakla... Lebih kurang 2 kilometer nak sampai airport kenderaan dah mula perlahan dan jem, sibuk dengan kereta yg beratur nak masuk airport, kalau dekat klia tak pernah lagila sibuk sampai ke luar jalan macam ni... |
 |
masa ni tak pakai troli so boleh guna escalator, kalau tak kena menapak balikla macam semalam... |
sampai di tengah2 airport akan ada sign untuk ke tempat sewa kereta, sangat senang, keluar je pintu sebelah kiri tu akan jumpa terus...
 |
lokasi sixt di airport paris cdg |
 |
keluar je dari pintu airport dah nampak ofis company2 kereta sewa... |
 |
company ni pukul 6am dah bukak so kalau nak sewa kereta awal2 pagi pun takde masalah... |
 |
bab sewa kereta ni pada aku kena bagi perhatian lebih sikit, lebih2 lagi kalau nak memandu merentasi banyak negara dan tempat2 yg agak berisiko, aku taknak balik malaysia dengan kepala yg berserabut kalau jadi apa2 di negara orang.. ni pakej yg aku ambik, add-on insuran tambahan untuk full coverage, tambahan lebih kurang rm400 dari harga asal, tapi boleh je kalau taknak ambik insuran tambahan ni, terpulanglah masing2 kan.. nak jalan jauh di negara asing so tak boleh ambik mudah...
|
 |
total rm 1536.07 |
 |
dekat sini semua nama2 besar company sewa kereta, yelah tengok lokasi nya pun dah tau, duduk di tengah2 airport, premium location, senang customer nak cari... |
 |
key drop box di luar pintu, kalau masa nak return ofis dah tutup campak je kunci kereta kat dalam kotak tu, senang... |
 |
urusan sewa kereta pun dah selesai, apa lagi, tak sabar dah nak tengok kereta baru aku ni, bajet kereta yg aku nak sewa ni dah gempak dah, sekali lalu di celah2 kereta sewa yg lain rasa kerdil terus, deretan kereta audi, mercedes, range rover, perghh tak boleh tahan beb..
|
 |
nak ambik kereta kena pergi dekat pondok kecik tengah2 parking ni, ada staff yg menunggu untuk bagi kunci dan menunjukkan hal2 berkaitan kereta yg kita nak sewa, terbaikla servis diorang ni..
|
 |
masa booking kereta volkswagen polo, dapatnya seat ibiza, dalam terms pun ada ckp 'or similar' so takleh nak buat apelah kan.. tapi kereta ni pun ok, model baru ni beb, features pun canggih walaupun manual.. kat malaysia tak popular brand2 mcm ni, aku yg memang peminat kereta memang kenal jenis2 kereta ni, jangan kata kereta, truck dgn bas pun aku minat...
|
 |
mileage 1160?? baru sangat2 ni, bau kedai pun kuat lagi, cantik... |
sebelum keluar dari kawasan airport aku pusing2 dulu dalam compound tempat sewa kereta tu nak bagi biasakan stereng belah kiri ni, yelah dah 17 tahun drive sebelah kanan tiba2 semua dah jadi terbalik so agak gayatlah, agak2 dah confident sikit pusing2 layan corner dan simpang, catatan masa pun dah hampir menyamai lewis hamilton maka aku pun bergerak keluar menuju ke paris berbekalkan here maps yg aku dah set semua lokasi2 dalam trip ni...
 |
destinasi pertama hari ini... |
 |
"cari gear ye bang..." mengekek kaklong gelakkan aku sebab dok cari gear sebelah kiri.. |
 |
"lorong perlahan sebelah kanan..lorong perlahan sebelah kanan..", kena bawak rilek2 dulu beb, jalan dan simpang2 semua dah terbalik ni... |
 |
dah hampir memasuki bandar paris ni, tapi tenang lagi sebab masih awal pagi, hari sabtu kan.. |
 |
map guide dah betul, aku pulak gatal pulas stereng awal sangat, sudahnya kena pusing balik, masukla jalan kecik celah2 bangunan ni, mujur here maps ni pantas, silap masuk simpang je terus dia akan cepat2 reroute... |
 |
bila map bagitau dah sampai je mata aku terus meliar cari parking, kebetulan dekat depan kedai delirio ni kosong, butik harley dekat petak merah hujung tu.. dah masuk parking aku carila mesin bayar parking tapi takde pulak, kat situ ada tulis 'payant' maksudnya "bayarla oii, ingat free ke.." tanya pekerja cafe hijau tu dah serupa ayam dengan itik bercakap, berkerak2 bahasa french dia keluar, last2 aku assume parking ni sama macam kl, hujung minggu street parking free, boleh camtu...(google image)
|
 |
harley davidson bastille..dekat paris ni ada dua butik harley, 1 dekat sini yg lagi 1 betul2 dekat arc de triomphe, memandangkan ini 1st day aku drive eloklah aku singgah yg sini je, pinggir bandar kurang sibuk sikit kot..yg kena beli jugak harini bukannya apa, butik ni hari ahad dan isnin tutup, kalau tak datang harini memang takkan sempat beli dah hari lain...
|
 |
harley davidson paris - bastille |
misi pertama selesai, ikutkan hati banyak aku nak rembat tapi kena rilek sikit sebab banyak lagi butik harley yg nak kena singgah, harga city t-shirt harley ni pulak boleh tahan, kalau yg latest design hampir 2 kali ganda harga t-shirt hard rock cafe, koyak beb...
 |
sebelah kaklong tu motor style cafe racer, smart kalau cruise dalam bandar, pakai jaket, helmet 'steng', glasses style goggle memang gempaklah... |
 |
next destination paris-brussels |
 |
ok jom kita gerak ke brussels, harini jadual agak padat , drive pun jauh, sebab tu keluar awal pagi tadi, semalam pun dah dapat rehat dan tidur yg cukup setelah seharian dalam flight.. rehat tu penting beb, nak memandu dan berjalan tapi badan lemau mana datang seronoknya...
|
 |
drive dalam bandar ni kena hati2 sikit, sentiasa kena alert dengan suasana sekeliling, mana lagi nak fokus drive, dengan basikal dok melintas, pejalan kaki lagi, driver kat sini pun boleh tahan gila jugak, yg tak tahan nya boleh pulak tiba2 ada divider 'batu' tengah2 lane macam kat sebelah kanan lori depan tu, dahla jalan pun sempit, kalau tak alert boleh melekat kat situ beb...
|
 |
jambatan ni nampak cantik dan klasik, dalam bandar paris lagi ni...
|
 |
masuk je highway akan ada banyak 'rnr' untuk kita singgah, macam highway plus lah, aku berhenti kejap nak ke toilet, kaklong pun dah lapar, elok sangatlah, pagi tadi makan roti dengan air je..
|
 |
masuk dalam shell tengok2 ada starbucks, tapi self-service, kat malaysia takde lagi ni.. rasa nak jugak beli, layan americano panas2 sambil vape kat luar mesti layan gila punya tapi sebab aku tak biasa dengan self-service ni so tak jadilah beli, kang buat malu je orang tengok aku dok terhegeh2 belek mesin tu, sudahnya beli mineral water je...
|
 |
tempat santai banyak disediakan di sekitar kawasan parking, masa nak duduk tengok kerusi meja semua basah berembun, terpaksa lap jugakla sebab nak makan ni.. kaklong apalagi terus keluarkan periuk ajaib dia, sedap betul dia makan, cuma lauk tin dh jadi sejuk macam simpan dalam chiller kesan dari cuaca yg sejuk, hadap jelah kaklong, kalau kat hotel bolehla rendam dalam air panas, sedap sikit makan...
|
 |
perjalanan diteruskan, ikut sahaja signboard ke bruxelles, 250km lagi, boleh tahan... |
 |
tol pertama, ambik tiket macam biasa.. |
 |
here maps yg berfungsi dengan sangat cemerlang.. |
 |
pemandangan di kiri kanan jalan, besar betul... |
 |
kalau ikut kiri akan ke calais, nak naik feri ke london dekat sini lah... |
 |
adoi.. mana pulak slot untuk cash ni, sekali dah silap masuk lane yg khas untuk kad sahaja, yg aku dah standby ni cash, apa lagi kelam kabutla suruh kaklong cari kad kredit, agak berbulu la jugak orang yg beratur kat belakang aku, apsal lama sangat mamat nih... |
 |
kalau nampak monumen ni maknanya dah sampai sempadan france-belgium, takde border check pun, macam lalu negeri9-melaka je... |
 |
belgique = belgium |
 |
banyak rnr di sepanjang lebuhraya, tak perlu risau jika terlepas... |
 |
seronokla diorang travel pakai caravan... |
 |
apa2 cita pun singgah isi minyak dulu... |
 |
gran turismo sport.. aku layan gran turismo ni dari PS1 lagi tahun 1999, huh kenangan betul bila ingat balik graphic game ni yg berkotak2, dengan sound yg entah ape2, tapi nilah game yg aku paling layan dulu, sekarang semua dah canggih, joystick wireless, graphic pun dah tahap 4k.. so masa aku kat sini game ni baru launch, aku dah pre-order siap2, takpe2 balik dari trip ni kita layan puas2...
|
 |
mamat ni samada dia betul2 tak faham apa yg aku cakap ataupun dia sengaja aku tak taula, 2 kali aku ulang alik masuk bagitau dia aku nak isi petrol, sebut petrol dia cakap ok, aku keluar angkat nozel nak isi tak jalan pun minyaknya, masuk lagi cakap "petrol" "ron95", keluar isi pun tak jalan jugak, masuk lagi explain baru ok... |
 |
isi bagi penuh2 baru senang hati berjalan... |
 |
harley davidson capital brussels |
akhirnya sampai jugak brussels setelah lebih 4 jam memandu, singgah dulu dekat butik harley brussels, parking untuk customer memang disediakan.. bukan apa, di bandar2 besar eropah ni parking sangat kritikal, mahal beb, so harley boleh sediakan parking percuma untuk pelanggan2 yg nak singgah di butik mereka kira memang terbaikla...
 |
serius lawa design ni, 2 3 kali pusing tengok design lain last2 dia nak yg ni jugak... |
 |
perumahan di tepi butik |
 |
next destination harley brussels-atomium-hotel campanile |
kalau ikutkan lama lagi aku nak lepak belek2 barang dekat butik ni tapi masa tak mengizinkan, tanpa membuang masa aku terus set map ke atomium, cadangnya nak ambik gambar di atomium dulu sebelum check-in di hotel, lepas tu baru jalan2 di bandar brussels guna train, tapi bila sampai di kawasan atomium punyalah sesak, hari cuti kan, lautan manusia membanjiri sekitar kawasan atomium, jalan nak menghala ke atomium juga sesak teruk, mungkin ada konsert atau event kot, berpusing2 aku cari parking, memang takdelah parking kalau dah macam ni gayanya.. bayangkan sesaknya sampaikan di simpang 4 traffic light keadaannya dah jadi tak terkawal, merah ke hijau ke orang dah tak peduli dah, aku yg baru acah2 nak jadi pemandu berhemah terpaksa ikut flow trafik, kalau tunggu memang tak bergeraklah kereta aku.. ada ke patut diorang nak lawan cilok2 dengan orang malaysia, memang silaplah beb, dengan menggunakan kepakaran mencelah2 gaya orang malaysia yg memang expert bab2 menyelit ni aku berjaya meloloskan diri, terus tukar plan ke hotel, atomium tu esok pagilah sebelum ke amsterdam kita singgah.. *gambar dekat sini memang takde sebab tengah kelam kabut betul
 |
tak jauh pun hotel ni dari atomium, dalam 15 minit dah sampai, roundabout yg ada monumen tangan ni tanda dah dekat sangat dengan hotel, masuk lawan jam ye.. nak jadi cerita esok paginya mamai2 aku keluar ikut roundabout ni dok ingat drive dekat malaysia, sekali salah masuk kate ko, bukan main tinggi kereta depan beam2 aku, mesti dia ingat aku mabuk, aku pun cakapla "sori2 cik kak, sy orang malaysia..", dia jawab "oo patutla, orang malaysia memang biasa mcm ni kan, takpe2.."
|
 |
ini dia penginapan kita malam ni, campanile hotel&restaurant vilvoorde.. nak check-in dan letak beg je dulu ni, kalau letak sekali dengan kepala mesti hanyut punya... (google image) |
 |
43.80 euro=rm224.17 |
 |
next destination campanile hotel-brussels city |
 |
bangunan2 di sekitar hotel ke vilvoorde station.. |
 |
jalan sambil tengok2 tempat orang.. |
 |
dah sampai di depan pintu utama train station, cantik senibina nya... |
 |
masuk beli tiket dulu, petugas kaunter boleh fahamla basic english, aku cakap sekali dengan gaya tangan, "makcik, saya nak beli tiket train gedukgedakgedukgedak pegi brussels central, 2 orang pegi balik,ok? dia jawab "oi teruk betul ko ni, ingat aku tak faham ke?" ohh sori makcik...
|
 |
kalau nak beli melalui mesin pun ada je kat tepi kaunter tu.. |
 |
train lambat lagi so boleh jalan2 dulu ambik gambar, pelancong lah katakan... |
 |
kayuh basikal ni je pegi bandar best jugak... |
 |
ok2 cantik, japgi train sampai, masa ni dah pukul 6pm.. |
 |
nampak lama betul dah stesen ni... |
 |
muka kaklong ceria lagila setakat ni... |
 |
platform menunggu train, klasik, yelah dah seratus tahun lebih kot... |
 |
ramai jugak warga tempatan yg nak ke bandar, kat sini muka kami je yg nampak lain, aku perasan orang pun dok tengok2 je... |
 |
bruxelles central, stesen utama bandar brussels, 15 min dari vilvoorde... |
 |
keluar2 je dari stesen akan nampak bangunan2 macam ni, lain terus suasananya.. kalau nak bawak kereta terus ke sini pun boleh je, banyak parking2 berbayar yg disediakan... |
 |
mont des arts |
 |
meriah kat sini, kaklong suka sangat... |
 |
street show.. |
 |
galeries royales st hubert |
 |
grand place |
 |
stadhuis van brussel (baru google nama) |
 |
dah alang2 lalu ada hard rock cafe dekat sini so singgah jelah... |
 |
cun jugak |
 |
belikan jugaklah untuk kaklong, aku tengok2 je... |
 |
cantik deco dalaman cafe ni... |
 |
hard rock cafe brussels |
 |
cantik suasana orang lepak2 minum di celah2 bangunan ni... |
 |
brussels souvenir shop, tak masuk pun... |
 |
manneken piss, semua tempat2 yg aku pergi tadi dekat2 je.. gambar di atas menunjukkan mata yg terpejam, cheh suruh pompuan amik gambar camnila beb, ni pun kira dah tunjuk angle camana nak snap, kalau tak lagi kelaut nih... |
 |
ramai orang nak bergambar kat sini so jangan harap nak dapat clear view... |
 |
belgium dan kedai2 coklatnya... |
 |
brussels street... |
 |
sambil2 berjalan tu tiba2 ada bau wangi makanan, tengok2 ada waffles yg di display kat depan kedai mcm ni, mana boleh tahan, masuk orderla... |
 |
banyak je kedai jual waffles kat sini tapi kedai ni yg ramai pengunjung, ada pulak patung kencing tengah makan waffle tu, tarikan tu dah bagus, rasa belum tau lagi... |
 |
kena beratur tunggu giliran.. dah sampai kat tempat dia ni beli jugaklah nak merasa... |
 |
"semua sekali 6 euro, jemput makan, sila datang lagi, terima kasih" manis mulut dia serupa coklat tu jugak... |
 |
kaklong pilih waffle topping nutella, strawberry dengan apa ntah aku tak ingat... |
 |
pada aku yg lain nya waffle kat brussels ni bezanya pada waffle tu sendiri, besar dan ada rasa dia sendiri, nutella dengan strawberri tu sama je, cuma strawberri tu fresh, okla sedap... |
 |
dah selesai makan kami terus ke stesen brussels central untuk balik ke hotel, kalau nak ikutkan tak habis lagi pun pusing brussels ni tapi nak buat mcm mana badan dah penat, yelah pagi2 buta tadi dah keluar, merata dah pergi, badan kita ni pun ada limit jugak...
|
 |
next station-vilvoorde (pandai2la translate sendiri) |
 |
vape sambil berjalan dengan cuaca mcm ni serius layan, sekali sembur hilang terus kepala... |
 |
parking awam ni sebelah hotel aku je, kalau saja2 nak parking sehari 25 euro, koyak.. tapi biasanya orang yg parking sini mesti ada tiket train atau pas bulanan, jadi murahla balik... parking untuk kereta aku tak payah risau sebab hotel yg aku tempah semuanya menyediakan parking percuma kepada guest, masa nak booking tu checkla betul2...
|
 |
selamat.. lebih kurang pukul 9pm dah sampai hotel, tak sabar nak bergolek dah ni... |
 |
inilah rupa bilik kami malam ni, sangat cantiklah dengan toilet semua kat dalam, harga pun ok.. sebelum tidur korek2 dulu beg tengok apa makanan ringan yg ada.. selesai hari ke 2...
|
Expenses Day 2
kereta sewa : rm1536.07
Tol paris - brussels : rm 70.50
petrol : rm 281.90
mineral water : rm 6.20
brussels train x2 : rm44.60
waffle : rm30.42
hotel : rm 224.17
TOTAL = 432.70 euro / rm 2193.86
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteday and day seterusnya update please...end of year nak poi ni..
ReplyDeletesabar boss, nak update ni pun 1 cabaran jugak, aku cuba habiskan secepat mungkin kalau free...
Delete