Tuesday, 18 April 2017

Kembara Australia (Perth-KL) Day 7. Total expenses

18.10.2014 sabtu.
hari terakhir aku di perth ni, bangun pagi agak awal sebab nak simpan dulu segala beg2 di airport, hantar kereta sebelum pukul 9.15 am dan meronda2 di bandar menggunakan public transport, flight balik ke kl pukul 4.00 pm jadi masih banyak masa untuk diluangkan di bandar perth..
lepas breakfast dalam pukul 7.00 am aku terus bergerak ke airport, hari ni sabtu hari cuti jadi memandu di awal2 pagi jalan masih lengang, dalam setengah jam dah sampai airport...
locker tempat simpan beg yg terletak betul2 di seberang jalan berhadapan pintu masuk airport, parking je sekejap kemudian simpan beg dalam locker dibawah signboard besar ni, ada banyak saiz locker, aku ambil yg berharga 12 aud...
aku simpan semua beg2 yg besar dalam locker ni, semuanya ada tiga beg besar, backpack aku, wife dan beg kain besar yg penuh dengan baju dan souvenir, semuanya boleh muat dengan selesa dalam 1 locker ni...kemudian aku kembali menghala ke perth city, tengok2 jam masih ada masa lagi, sempatlah pusing2 kali terakhir dengan kereta ni sebelum dihantar kembali, sebelum hantar kena isi petrol bagi penuh balikla, tak banyak pun, dalam 20 aud dah penuh...
pukul 9.00 am dah sampai ke aries car rental, tengah tunggu staffnya datang untuk check kereta, bila dia datang aku tanyalah nak kena basuh dulu ke kereta ni sebab kotor yg amat siap penuh dengan unggas yg melekat kat depan, maklumlah kan berjalan sampai ke kampung2, tengok dalam gambar ni tak berapa jelas kotornya, staff tu cakap tak perlu basuh pun takpe, dia cuma datang check kalau ada apa2 kecederaan pada kereta...
mileage yg aku set 0 masa ambil kereta ni menunjukkan angka 1631.7 km jumlah perjalanan keseluruhan, kira jauh jugakla aku travel dengan kereta ni...
selesai urusan pemulangan kereta tanpa sebarang masalah, staff tu bagitahu yg deposit penuh akan dipulangkan dalam masa 10 hari jika tiada sebarang saman atau hal2 lain sepanjang tempoh penyewaan, lepas dua minggu aku check duit deposit dah masuk dalam jumlah penuh, lega...
dari tempat sewa kereta berjalan kaki ke hotel, masuk bilik untuk check kali terakhir kalau2 ada barang yg tertinggal dan terus check-out.. semalam aku parking kereta dekat belakang kereta dalam gambar tu...
jadual bas awam untuk bandar perth, semua jenis bas untuk laluan dalam bandar tiada sebarang bayaran dikenakan...
kawasan dalam garisan merah adalah 'free transit zone' esplanade busport tu kira macam puduraya la kat tempat kita...
bas yg aku naik dari domestic airport ke perth CBD masa sampai tempoh hari menggunakan laluan merah, boleh dilihat dalam peta diatas laluan yg digunakan, bas ni merupakan pilihan yg paling murah kerana ia adalah dari jenis bas henti2, laluan hijau pula merupakan bas direct dari international airport ke perth CBD dan boleh terus dinaiki dari international airport dan harganya lebih mahal, dalam 10aud tak silap aku..sebagai contoh jika kita hendak ke fremantle dari dari airport harus menggunakan bas laluan hijau atau merah untuk ke perth CBD terlebih dahulu kemudian tukar bas laluan biru untuk sampai ke fremantle, train juga disediakan dari perth ke fremantle...
jalan2 di bandar perth dengan berjalan kaki dan guna bas free...
perth government house
taman awam di tengah bandar...

pagi sabtu yg tenang...
london court
ducati panigale, mahal motor ni, owner rilek pakai seluar pendek..
seronok berjalan tengok2 jam pun dah nak pukul 12.00, eloklah ke esplanade busport, kena sampai awal sikit dekat airport, nak menguruskan luggage dan check-in flight.. masuk ke dalam terminal esplanade ada tangga laluan ke bawah tempat menunggu bas...
ambik laluan route no 40 dari esplanade busport ke perth airport, bas yg sama masa sampai dari airport haritu...
tunggu bas dekat sini...
tak ramai pun dalam bas ni, kagum sekejap dengan sikap kebanyakan penumpang yg akan cakap 'thank you' pada pemandu bas masa nak turun...
sampai di terminal t3 domestic airport macam biasa kena tukar bas ke international t1 airport..
t3 dan t4 adalah domestic airport sementara t1 dan t2 adalah international airport, jarak menaiki free shuttle bus adalah sekitar 10 minit sahaja...
resit locker ni jangan buang pulak, karang jenuh nak bukak locker takde password...
ini adalah semua beg2 yg disimpan dekat dalam locker tu, dari luar nampak kecik, tapi jangan tertipu sebab locker nya memanjang ke belakang...
lepas ambik beg aku terus masuk ke dalam airport untuk urusan luggage dan check-in, ada masa lagi ni, aku beli hot chocolate dari cafe airport menggunakan baki duit syiling yg ada kemudian duduk di kerusi panjang yg disediakan di luar airport..sampai masa aku dan wife ke boarding gate, flight berlepas tepat pukul 4.05 pm...
nasi lemak ni order dalam flight berharga rm19.00, mineral water tu rm4.00..okla, nak murah order online siap2...
Flight mendarat di klia 2 mengikut jadual, touchdown pukul 9.45 pm, selesai urusan di kaunter imigresen dan ambil beg kawan yang jemput kami pun dah tunggu di luar, selamat..

perbelanjaan hari ke 7
petrol                                     = 22.70 aud
locker                                    = 12.00 aud
perth-airport bus 4.40x2    = 8.80 aud
mentos                                  = 2.00 aud
hot chocolate                       = 5.30 aud
airasia meals
nasi lemak                            = rm 19.00 / 6.35aud
mineral water                       = rm 4.00 / 1.35 aud

total  =  58.50 aud / rm 175.50

jumlah belanja hari 1 hingga 7  = 1513.10 aud / rm 4539.30
airasia tiket                                   = 454.70 aud / rm1364.00
luggage check-in 20kgx2           = 52.70 aud / rm 158.00


jumlah keseluruhan perbelanjaan
2020.50 aud / rm 6061.30

Jumlah di atas adalah perbelanjaan keseluruhan termasuk souvenir, kalau nak kira kos wajib sahaja lebih kurang rm 5000 dah cukup untuk 2 orang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tamat

Tuesday, 11 April 2017

Kembara Australia (Perth-Fremantle) Day 6

17.10.2014 jumaat.
hari ni agenda utama yg aku dah tetapkan ialah shopping, dah 5 hari pusing western australia ni jadi hari ni memang elok sangatlah kalau nak shopping sebelum bertolak balik malaysia esok...macam biasa pagi ni aku check-out terus sebab malam ni nak tidur di good earth hotel pulak, berdepan je dengan perth ambassador hotel ni...
ceria kaklong hari ni nak shopping..
check-out, terbaik hotel ni...
destinasi pertama untuk shopping hari ni adalah di big w belmont perth, wife nak beli corelle yg katanya murah, gambar takde pulak kat big w ni, puas cari tak jumpa, tak jumpa atau memang tak ambil gambar pun aku tak ingat, dah lama kan...
ada lagi orang pakai satria dekat perth ni...
harga corelle di big w ni bermula dari 30-90aud, banyak set2 corelle yg dijual disamping jenama2 lain, design latest dah tentulah paling mahal, nak borong banyak2 pun tak boleh sebab set pinggan ni berat, luggage check-in 40kg je, nak sumbat benda2 lain lagi, souvenir lagi.. lepas wife selesai di big w aku terus bergerak ke butik harley-davidson, nak cari city t-shirt kenangan di perth..
sebahagian design yg ada, ada banyak lagi design2 yg menarik...
harley davidson perth western australia untuk member..
bergambar di perth harley davidson, uncle bikers tolong ambilkan gambar... 
dah selesai agenda di big w dan harley aku terus ke fremantle pulak, shopping kat mana lagi kalau bukan dekat megabes souvenir, kedai yg dah sangat sinonim dengan rakyat malaysia yg berkunjung ke sini...sambil2 shopping tu nak explore jugak bangunan2 lama yg cantik di sini, dekat bandar perth kurang senibina2 warisan ni...
banyak treler2 besar yg keluar dari fremantle port..
proton gen 2, masih cantik...
menyusuri di celahan bangunan lama di fremantle untuk ke e-shed market...
jalan masuk ke e-shed market, di tepinya pelabuhan kapal2 besar
di kawasan parking e-shed market, cuba tengok kereta tokey megabes ni, kereta mahal jenis mercedes amg satu hal, no plat pendaftaran pun 'megabes'.. memang buat duitla dia dengan pelancong2 yg shopping kat sini...
masa aku nak masuk parking aku ditahan oleh seorang lelaki lingkungan 40an, tertanya2 kenapa pulak tiba2 dia tahan aku tengah2 jalan ni, rupa2nya dia nak bagi tiket parking yg masih banyak baki masanya..aduhai, baik betul diorang ni, terharu rasanya.. tengok2 tiket tu berharga 5aud, rezeki...
kedainya memang senang sangat nak jumpa sebab terletak di pintu masuk utama tengah2 bangunan ni, dekat depan kedai pun dah nampak segala baju dan souvenir di rak dan yg digantung.. harga tengoklah dan nilaikan sendiri...
jangan lama2 sangat kaklong...
lama jugak wife aku membeli barang dekat sini, habislah dibelinya untuk adik beradik dan sedara mara, aku memang tak ingat apa dah, dialah yang atur semua, aku tinggal bayar je.. selesai shopping perut pun dah lapar jadi hari ni aku makan dekat kaili's pulak...
tadi parking dah free, yg ni aku bayar 4aud sebab nak lunch dan jalan2 disekitar fremantle..

semalam dah makan dekat cicerello's, hari ni kita try kaili's pulak.
harga dan saiz set di kailis lebih kurang sama dengan cicerello's cuma rasanya sedikit berlainan, kaklong lebih suka di kaili's, aku sedap yg di cicerello's.. selera masing2 lah kan..
habis makan aku lepak2 dulu dengan wife sambil rehatkan perut yang dah kenyang, baru sedap nak berjalan.. aku lebih suka suasana di bandar fremantle berbanding perth, lain kali kalau datang lagi ke sini aku nak booking hotel di fremantle, lagipun tak jauh kalau nak ke perth pun, train dan bas pun banyak dan senang nak guna untuk ulang alik antara bandar2 ni...
perut pun dah selesa apa lagi, jom kita jalan2 pusing fremantle ni
lepak kena kopi lama2 kat sini layan...
cantik fremantle, rugi tak bermalam kat sini...
memandu sebelum keluar dari fremantle kelihatan fremantle railway station, stesen bas juga ditempatkan disini, mudah diakses untuk ke bandar2 utama..
sampai di bandar perth agak sibuk dengan warganya yg pulang dari kerja...
hotel yg ditempah untuk hari ni, berdepan je dengan hotel semalam, aku sampai hotel ni dah lewat petang, pengawal di hotel ni bagitau yg aku boleh park je dekat kotak parking depan hotel ni, tak perlu bayar sebab dah nak malam tapi kena keluar sebelum pukul 8 pg, lepas pukul 8pg dah mula kena bayar..

selesai check-in masa untuk masuk bilik dan packing barang2 untuk balik esok...
setup bilik di goodearth hotel nampak lama sedikit berbanding perth ambassador hotel, tapi bilik ni lebih besar...
tengah susun barang untuk dimasukkan kemas2 dalam beg, dah siap packing semua aku timbang beg pakai portable weight scale, ok semua ngam...
makan malam ni yg kaklong dah sediakan, masak nasi je pun, yg lain tinggal bukak tin je, makanan yg kami bawak semuanya habis, kalau tak habis pun kena habiskan jugak sebab nak sumbat barang2 lain dalam beg...
selesailah agenda untuk hari ni, esok pagi dah nak pulang balik kereta sewa dan jalan2 guna public transport untuk explore bandar perth....

perbelanjaan hari ke 6
parking                                 = 5.00 aud
petrol                                    = 26.00 aud
makan minum                       = 21.65 aud
all souvenir, corelle n t-shirt  = 322.95 aud
hotel                                     = 108.00 aud

total  =  483.60 aud / rm 1450.80