Friday, 31 January 2020

Kembara Eropah (Paris-KL) day 15

27.10.2017 Jumaat. Day 15

Masuk hari ni dah 15 hari berada di negara orang, hari ni dah nak balik, rasa puas bila semua yg dirancangkan berjaya, semuanya jadi pengalaman yg berguna untuk kemudian hari.
Naik bas pukul 7am dari hotel ke Airport Paris cdg..
Flight depart pukul 11.25am, dah check-in online siap2 pun, takdelah kelam kabut kat airport, tinggal urusan luggage je..
dah selesai semua urusan lepak2 dulu sambil makan..
Boarding on-time..
Ready to take-off


sesekali layan pemandangan bawah cantik jugak..
lunch yg disediakan memang kena dengan selera, sedap!
mintak je tambah, nanti dia hantar..
Melalui ruang udara istanbul, ada kesempatan mesti sampai..

lagi sejam setengah nak sampai Dubai..
stewardess yg rajin kehulu hilir bawak air dan snek..
teh o, air favourite kaklong..
dah sampai Dubai, perjalanan 6jam tak terasa sangat sebab flight yg selesa..
sejam setengah transit, dah jalan2 kat sini masa datang haritu so terus ke toilet n boarding gate jelah..
aku orang last masuk, malas nak beratur awal2..
kami berdua je dekat row ni, cantiklah.. angkat semua armrest keatas, dapat ruang lagi luas..
dah duduk sedap2 baru perasan yg payung besar beli dekat nurburgring takde, tanya kaklong dia kata taktau, fikir2 balik baru teringat payung tu aku tertinggal dekat pintu toilet, singgah masa nak ke boarding gate, apalagi kelam kabutlah bagitau crew mintak izin nak keluar, mujur dia bagi, berlari aku ke toilet tu, boleh tahan jugaklah jauhnya, kena cepatlah sebab flight dah nak takeoff, sampai2 toilet kira rezeki akulah sebab payung tu tak berusik, selamat...
inilah payungnya, kenangan germany ni, tak menangis kalau tertinggal, dah la mahal..
menu dinner malam ni, baca pun dah nampak sedap..
info display dari Dubai Ke KL, 7 jam perjalanan, sampai pukul 8.30am waktu malaysia..
conquer 1 row seat terus, penuh makanan atas tray..
tengah menyandar lepak2 sampai lagi makanan, dah tak larat nak makan, tengok jelah..
tengok map nak sampai malaysia dah excited..
ok dah nak mendarat..
flight tepat mendarat ikut masa tanpa sebarang masalah, syukur..
Sampai di Klia tanda berakhirlah kembara di bumi eropah, banyak pengalaman yg dikutip sepanjang trip ni, seronok tak payah ceritalah, kiranya kalau ada kesempatan nak pergi lagi, yg paling penting dapat banyak ilham dan idea untuk digunakan di masa depan...
koleksi Baju kesayangan dari trip eropah, ada yg belum pakai lagi, tag pun masih melekat..
Antara souvenir2 dari sana untuk koleksi sendiri dan hadiah..
koleksi air tin mini, mintak dekat stewardess emirates..
Baki duit Pound, Euro Dan swiss franc..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.