20.10.17 Jumaat. Day 8
Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kelapan berada di bumi eropah.. france, brussels, amsterdam, german, switzerland dah selesai, baki lagi 7 hari dah ditetapkan untuk explore chamonix, paris dan berakhir di london sebagai penutup trip ini...
dah habis pusing sebelah sana tadi aku drive dan parking dekat interlaken west pulak, betul2 parkingnya kat depan stesen train interlaken west, tapi parking dekat sini maximum 15 minit je dengan caj 0.50 chf, lepas pukul 7pm free dan boleh parking sampai pukul 7 pagi esoknya..
gambar2 yg diambil dari dalam kereta sebelum sampai ke chamonix..
itulah cerita perjalanan hari ini, puas dan seronok tu dah tentulah, walaupun penat tapi bila dapat jejak tempat2 yg asing dan cantik macam ni penat yg kita rasa hilang macam tu je...
Expenses Day 8
parking2 di interlaken : 2 chf
petrol : 50 chf
parking chamonix : 6 euro
hotel : 55 euro
Total = chf 52 & euro 61 / rm 537.46
Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kelapan berada di bumi eropah.. france, brussels, amsterdam, german, switzerland dah selesai, baki lagi 7 hari dah ditetapkan untuk explore chamonix, paris dan berakhir di london sebagai penutup trip ini...
nina yg sangat membantu sepanjang 2 malam menginap disini, breakfast pun dia nak tolong buatkan, tak taulah mungkin sebab masa aku menginap kat sini tak ramai guest so dia banyak masa nak melayan aku, dahla tempat cantik, hotel cantik, servis pun cantik, kalau datang lagi memang conform aku lepak sini...
pagi ni lepas check-out aku dengan kaklong lepak makan dulu kat luar, walaupun ada makanan lain, maggi tomyam jugak yg sedap, makan panas2 time sejuk macam ni memang layan..
sarap dulu, baru sedap drive, jauh nak berjalan hari ni..
on the way kejap lagi singgahlah sekejap kat interlaken tengok apa yg ada kat sana..
pukul 8 pagi tayar dah bergolek..
dekat sangat pun, sekejap dah sampai..
swiss train, klasik..
pokok2 berwarna ni banyak jadi peneman perjalanan..
memasuki bandar interlaken, tak sibuk macam bandar2 lain, street parking pun banyak disediakan, senang nak jalan2 tengok bandar ni..
sungai yg memisahkan interlaken dan unterseen.. |
butik hign-end audio bang&olufsen interlaken, riban2 ni beb.. |
ape yg ko harapkan kalau suruh wife ambik gambar, tak sempat nak ready dia dah snap, pasrah...
pokok bunga di mana2..
Bau yg datang dari kedai swiss bakery ni memang sedap..
macam manalah diorang boleh maintain bangunan2 kat sini, cantik2 dan bersih semuanya..
pukul 9am, masih sunyi lagi, ada jugak nampak pelancong2 mula masuk dengan bas, kedai2 pun baru nak bukak, rileks je..
signboard ni tunjuk arah tempat siap dengan masa perjalanan sekali...
bangunan yg lama macam ni pun terjaga dengan baik..
dah habis pusing sebelah sana tadi aku drive dan parking dekat interlaken west pulak, betul2 parkingnya kat depan stesen train interlaken west, tapi parking dekat sini maximum 15 minit je dengan caj 0.50 chf, lepas pukul 7pm free dan boleh parking sampai pukul 7 pagi esoknya..
interlaken west train station |
deretan kedai dan hotel di jalan utama, nak cari souvenir, victorinox atau t-shirt pun ada..
pukul 9.30am, mula bergerak keluar dari interlaken, excited masa ni sebab nak ke chamonix, cantik sangat masa dok google2, jom..
Route dari Interlaken ke Chamonix, hari ni banyak dapat kejutan sebab perjalanan banyak melalui pemandangan yg cantik2, sambil memandu tu mata tak berkelip2 melayan scenery di kiri kanan, serius lawa beb, ada tempat yg aku berhenti untuk ambik gambar, selebihnya dapat simpan dalam ingatan jelah, jenuh kalau semua tempat nak berhenti, bila mau sampai...
ada 2 option untuk ke chamonix dari interlaken, jalan kampung atau highway, lepas aku buat kira2 masa dll aku decide untuk guna highway, kalau guna jalan kampung lagi cantik pemandangan..
ada RNR, singgah lepak kejap..
pemandangan tasik dan gunung-ganang, layan...
lori gempak2 macam ni diorang buat bawak lembu je, apadahal..
dah, jom gerak..
ikut je highway ni akan nampak signboard martigny-chamonix, exit ke kanan, so lepas ni akan bermula pulak jalan kampung untuk ke chamonix.. |
chamonix 50km to go.. guna jalan lama ni 50km rasa lamalah jugak.. |
roundabout besar di bandar martigny, nampak cantik tapi tak sempatlah nak explore sebab kekangan masa... |
dari sini laluan dah bertukar jadi sempit dan berliku..
berhentilah sekejap, ambik2 gambar bandar martigny.. |
gambar dirakamkan dari tempat tinggi, termenung jugaklah sekejap, cantik, sayup je..
martigny, valais, switzerland |
cafe di lereng bukit, mesti best diorang pekena kopi dengan view macam ni..
masa nak gerak aku tengok meter minyak dah paras2 bahaya, kalau ikutkan lepas je sampai ke chamonix nanti, tapi memikirkan aku nak lalu jalan kampung, apa2 jadi nanti naya beb, so aku decide untuk isi minyak siap2 kat sini, turun je dekat dengan roundabout tadi dah jumpa stesen minyak ni..
1 liter 1.42 euro = rm 7.00 lebih kurang, pehhh...
kat sini pakai duit euro atau swiss tak jadi masalah..
hotel lama betul2 dekat tepi stesen minyak ni..
makin lama memandu aku rasa jalan ni makin sunyi, kereta pun tak banyak yg berselisih, kalau dari martigny ini je option route untuk ke chamonix, tapi aku ok je walaupun sunyi sebab aku memang suka ketenangan..
lama2 sekali memandu akan berjumpa pekan2 kecil..
lepas lalu pekan ni akan sampai border Switzerland-France, tapi takde orang jaga pun border nya, pondok security pun kosong, main lalu lepas macam tu je...
jalan baru tar,walaupun ni jalan yg terpencil dan sunyi tapi tetap JKR jaga dan maintain..
fuhh, dah kuat dah bau2 mont-blanc bila nampak gunung2 salji ni...
argentiere, di musim winter pekan ni antara pekan2 yg sibuk dengan pelawat yg datang untuk aktiviti ski..
sekadar lalu, tak singgah..
gambar2 yg diambil dari dalam kereta sebelum sampai ke chamonix..
rumah semua style lama2 tapi lori canggih tak ingat, tak matching langsung ha3..
mata dok fokus gunung bersalji tu dari tadi tapi tak sampai2 lagi..
sampai je kat sini aku dah tak boleh tahan, nampak cantik betul kampung ni, tiba2 rasa macam berada dalam set filem, kaki pun dah gigil, mari explore tempat ni...
tengok sendirilah gambar2 ni semua,terkenang2 sampai hari ni...
nama kampung ni Les Praz, tak plan dan tak tau pun pasal tempat ni, balik dari trip ni baru google cari..
kalau boleh extend stay dan ada dslr conform sehari habis dekat sini je dok ambik gambar..
cable car pun ada...
ini baru dekat sini je, aku pasti kalau explore lama lagi tempat ni mesti jumpa spot2 yg lagi cantik..
kalau dapat datang lagi aku bukan nak buat apa pun, nak lepak lama2 menghadap scenery kampung ni je..
meneruskan perjalanan ke chamonix dengan kepala yg masih terbayang Les Praz tadi..
apa2pun kita check-in dulu, nak pergi ke hotel kena melalui celah2 bandar chamonix, oklah tu, boleh dapat gambaran awal...
nampak salji memutih dah macam meleleh sampai ke bawah..
pukul 1.30 pm sampai ke destinasi, Le Vert Hotel, Chamonix Mont-Blanc |
dah selesai urusan bilik tu tanyalah apa2 yg patut pasal tempat ni, receptionist pun mesra..
55 euro = rm 278.30
55 euro = rm 278.30
chamonix adalah bandar yg paling besar dan paling hampir dengan mont-blanc berbanding bandar2 lain, kalau menginap disini jadi senang sebab kita di tengah2, nak pergi ke mana2 dah dekat, Les praz pun ada termasuk dalam peta diatas, tarikan utama chamonix ni dah tentulah cable car ke aiguille du midi, naik tengok puncak mont blanc depan mata je..
![]() |
makan atas lantai, meja ada tapi kerusi tak bagi, apebende lah diorang ni.. |
mujur kaklong dah masak nasi pagi tadi, takdelah kelam kabut nak cari kedai kalau tiba2 rasa lapar macam ni, yelah last makan pagi tadi je, tu pun makanan yg ringan, dengan berjalan dah merata2 memang menyanyilah perut.. apa2 pun kita makan dulu, keluarkan lauk dalam pek pulak dah serupa simpan dalam peti sejuk, rendam dalam air panas, settle...
tandas dalam bilik yg bersih dan selesa walaupun tak berapa besar, boleh membuang sambil menghadap tingkap di atas ha3..
jarak dari hotel ke bandar lebih kurang 2km je, hotel tengah bandar? banyak...harga lah takut tak tahan..
stesen bas kat tepi hotel, masa ni tak terfikir lagi nak naik public transport, ni esok punya cerita..
street parking tak banyak kat sini, tak macam di interlaken, jadi pilih jelah parking khas yg banyak disediakan..
30 min pertama free, dah sedap dah dengar, tapi lepas setengah jam rate akan dikira 0.50 euro per 15 min, boleh tahanlah..
tu kereta aku parking betul 2 kat belakang tepi kaklong, memang parking tengah2 bandar betul ni..
jom kita jalan2 explore bandar chamonix ni..
aku suka tempat ni..
ingat nak pusing2 sekejap je, tapi makin lama berjalan makin cantik pulak..
buat video klip atau shooting kat sini terbaik beb..
imej dari gopro, aku banyak buat Vlog, tapi nak upload makan masa lama sebab file video ni besar, nantilah senang2 aku attachkan video log trip ni..
DBKL pun dah tak larat nak sapu kalau time luruh ni..
bangunan2 di chamonix ni tak besar macam di amsterdam tapi design nya cantik dan tersusun, nampak comel pun ada..
lepak2 saja macam ni pun dah best...
kaklong punya senyum dah sampai telinga, suka sangatlah tu...
rindu2 tengok gambar2 ni balik jelah sebagai kenangan...
bandar yg dikelilingi bukit dan gunung..
bilik berdua siap tax lebih kurang rm360 per night, tapi tengok gayanya hotel aku lagi cantik ha3, harga pun lagi murah, tapi oklah kalau nak bermalam betul2 di tengah bandar..
ni hotel dekat2 hotel tadi jugak, standard shangri-la punya rate ni... |
jalan depan sikit nampak macam meriah dengan remaja2 tengah berkeliaran, aku pun pergilah tengok, rupa2nya budak2 sekolah baru habis kelas, bestnya sekolah korang kat tempat cantik macam ni ye, sekolah aku dulu mat2 rempit je dok memekak depan sekolah, ape pun tak boleh..
balapan di depan sekolah..
tunggu bas ke saja2 lepak tak taulah budak2 ni..
senyum sikit, malu pulak orang ambik gambar dia..
ni nama sekolah? ujian lisan kalau kena sebut perkataan ni conform balik awal...
parking..parking..parking..
jalan selagi kaki tak melecet..
hotel ke ni? nampak gah betul..
kaklong duduk lepak bajet2 ayu..
kedai foto dan lukisan, lama jugak aku masuk dalam ni..
gare de chamonix mont blanc |
ni lorong yg lain pulak, besar bandar ni, kalau nak berjalan pusing semua tempat pengsan beb..
mcdonalds.. setakat ni pusing2 tak jumpa lagi restoran halal atau kedai kebab yg biasanya banyak ditemui di eropah.. takpe, bekalan makanan banyak, kalau jumpa restoran halal kira rezekilah nak merasa makanan luar, kalau takde hadap jelah stok makanan pek tu...
souvenir shop ni adalah yg paling besar di bandar chamonix, lokasi sangat strategik, masuk bandar ni tak payah tengok map pun conform jumpa..
macam2 ada, aku suka barang2 kat sini sebab banyak yg made in france, harga mahal sikit tapi tak kisahlah sebab berkualiti, mari memborong...
selesai memborong, jalan2 jumpa lagi spot menarik untuk bergambar..
banyak sangat gambar2 dekat chamonix ni, kalau nak upload semua mau terbakar laptop..
kaklong pun banyak termenung jugak dengan scenery kat sini, aku perhati je dia ni..
apa lagi nak kata..
senibina bangunan, kecik2 dan klasik..
banyak orang tempatan ni sebab takde ciri2 pelancong, eh akulah pelancong tu, satu2nya muka spesis melayu yg dijumpai..
nampak unik, atm kot..
butik2 berjenama mewah pun ada..
selalu nampak iklan bnp paribas ni masa tennis match, ingatkan apabenda, rupa2nya bank..
tetiba ada railway crossing kat tengah jalan, layan kalau naik train view macam ni..
jalan2 ikut suka hati je last2 jumpa stesen cable car ni..haa cantik, esok pagi nak datang sinilah untuk aktiviti di puncak gunung..
ok, tak sedar leka sangat berjalan sampai dah lenguh kaki ni, jomlah balik rehat dulu..
kalau akulah datang lagi belah2 sini chamonix conform aku akan singgah lagi, kalau boleh nak stay lama2, this is such an amazing and picturesque city...
extra dry tu, bukan super dry..
last selfie sebelum bergerak balik hotel, tak sedar dah tiga jam lebih parking so cajnya 6 euro..
vape ni pun dah merata berjalan, takde ni pening aku ha3..
sebelum naik bilik aku teringat ada tasik masa aku survey2 hotel ni dulu, so aku park kereta kat depan hotel n ajak kaklong jalan2 kat sini pulak..
tasik ni kat tepi hotel je, kira macam tasik titiwangsa lah kat kl tu, tempat orang lepak atau dating,so aku pun berdua2an lah dulu dengan kaklong bajet2 pasangan romantis, cheh..
ada traveller singgah pakai caravan, gempak..
bukak lagi ke hotel ni? kalau tengok gayanya nampak macam kosong dan tak terurus..
dari bilik hotel pun boleh layan view.. |
Expenses Day 8
parking2 di interlaken : 2 chf
petrol : 50 chf
parking chamonix : 6 euro
hotel : 55 euro
Total = chf 52 & euro 61 / rm 537.46