15.10.2017 Ahad. Day 3
Tidur di tilam yg selesa selepas seharian perjalanan memang satu nikmat, bangun pagi pun rasa bersemangat, pukul 7 pagi aku dah mula bergerak dari hotel ke atomium, tempat yg aku nak pergi semalam tapi disebabkan kesesakan yg teruk jadi aku terpaksa tukar plan..breakfast ada disediakan yg makanannya untuk kita bolehlah kalau sekadar nak menjamah roti atau susu, tapi disebabkan kami tak biasa breakfast terlalu awal jadi membancuh kopi dalam mug sebagai peneman dalam perjalanan sudah memadai.. oh ya sebelum keluar di kaunter checkout akan diberi kod akses parking, masukkan kod yg diberi di palang exit untuk keluar...
matahari pun tak nampak lagi kau dah sampai memang sunyilah kan, parking betul2 dekat depan atomium pasal nak ambik gambar, kalau macam semalam memang tak dapatlah parking macam ni, nak masuk pun dah teruk, atomium pun nampak kecik je...tak lama pun kat sini, tengok2 sekejap snap gambar lebih kurang aku terus gerak ke amsterdam. nama yg cukup gah, yg selama ni dok sebut2 je tapi hari ni akan sampai...
simpang ke antwerp atau brugge, kedua2 tempat ni pun sesuai untuk dimasukkan dalam itinerary travel jika berkesempatan...
aku baru google artikel di atas, masa aku pergi ni takdelah aku ambik tau sangat pasal benda ni, rupa2nya memang masa amsterdam marathon berlangsung kawasan bandar akan ditutup sepenuhnya, kereta memang tak boleh masuk langsung, sampaikan public transport pun dihadkan jugak, maksudnya ada setengah2 tempat je yg ada akses public transport memasuki bandar.. jadi ceritanya aku dah terperasan masa nak sampai p+r ni jalan lengang, kenderaan dan orang awam boleh dikira, tak logikla tempat tumpuan macam ni takde orang kan, dekat parking ni pulak kereta banyak mungkin kereta yg dah ditinggalkan lama, mungkin..
so aku buat keputusan taknak beli tiket dulu, aku nak tengok2 kat luar kalau ada info pasal transport ke bandar sambil tengok2 sekeliling.. memang, takde nampak langsung bas atau tram yg lalu dekat stesen luar p+r ni, lama jugak aku tunggu tak muncul2 jugak, aku andaikan memang hari ni public transport takde lalu dekat sini...
jadi apa yg berlaku? aku ubah plan untuk guna itinerary yg sepatutnya aku gunakan esok, terus gerak ke zaanse schans, masa ni aku fikir kalau nak proceed jugak itinerary hari ni akan jadi tak relevan sebab nak kena fikir mana lagi p+r yg beroperasi untuk ke bandar, cari jalan, parking dan transport akan jadi menyusahkan dan membuang masa...
Expenses Day 3
parking p+r vumc : 1 euro
air evian : 0.95 euro
kad parking volendam : 2euro
hotel campanile amersfoot : 38.50 euro
TOTAL = 42.45 euro / rm 215.20
Tidur di tilam yg selesa selepas seharian perjalanan memang satu nikmat, bangun pagi pun rasa bersemangat, pukul 7 pagi aku dah mula bergerak dari hotel ke atomium, tempat yg aku nak pergi semalam tapi disebabkan kesesakan yg teruk jadi aku terpaksa tukar plan..breakfast ada disediakan yg makanannya untuk kita bolehlah kalau sekadar nak menjamah roti atau susu, tapi disebabkan kami tak biasa breakfast terlalu awal jadi membancuh kopi dalam mug sebagai peneman dalam perjalanan sudah memadai.. oh ya sebelum keluar di kaunter checkout akan diberi kod akses parking, masukkan kod yg diberi di palang exit untuk keluar...
pemandangan dari depan hotel, antara pilihan yg terbaik dari segi harga, servis dan akses pengangkutan awam jika ingin berkunjung ke brussels...
destinasi pertama...
memandu di awal pagi ahad sangat tenang, hanya lebih kurang 10 minit dah sampai di atomium, kelakar betul bila terkenang balik kejadian salah masuk roundabout dekat hotel tadi, mujur awal2 pagi, kalau dah siang dan banyak kereta lagi haru dibuatnya...
boleh pulak masuk roundabout ikut arah jam, semangat malaysia masih kuat, tu yg sampai tersalah, mujurlah sebiji kereta je yg datang dari depan, tersengih2 mintak maaf...
route dari atomium ke amsterdam
set vape aku geng yg paling setia, kalau takde ni boleh demam...
petrol banyak lagi so tak perlu singgah...
kawasan rehat di sempadan belgium-netherland, kincir2 angin yg besar dan berselerakan membuatkan aku berhenti, saja nak menikmati pemandangan dan bersantai2, teringat dulu masa di australia aku drive ke albany windmill farm semata2 nak tengok kincir angin, kat sini pulak giant windmill ni adalah pemandangan biasa...
pemandangan cantik, kedai2 pun banyak, nak rehat pun best, sesuai sangat untuk semua...
perjalanan diteruskan...
kaklong ni kerjanya selfie dengan layan pemandangan je, takpelah, janji dia seronok..
tak lompat pulak lembu2 tu ke tengah highway ni ye...
kalau nak singgah ke rotterdam ikut kanan tu, bandar yg terkenal dengan bangunannya yg unik, dari brussels tadi sampai sini takde tol, highway sehingga 5 lane, kualiti jalan tinggi dan pemandu yg berhemah, bahagia betul aku drive kat sini...
10.15 am, kalau dah nampak bangunan pelik2 macam ni tandanya dah sampai amsterdam la tu...
keluar je dari highway nak menuju ke bandar amsterdam tiba2 aku nampak kon bercacak2 atas jalan, mula2 ingat construction, rupa2nya jalan nak ke bandar ditutup sepenuhnya! semua kenderaan dilencongkan ke kiri menuju luar bandar...adoi pening macam ni, sepatutnya aku susur ke kanan tu untuk ke p+r amsterdam rai, terus masa ni otak aku berfikir cepat plan b, kereta kena jalan jugak, takkan aku nak berhenti tengah2 jalan, sampai dekat hujung simpang tu aku terpaksa berhenti jugak tanya pengawal yg menjaga trafik tu kenapa tutup jalan, dia kata hari ni ada marathon, semua kenderaan dilarang masuk, kalau nak masuk jugak kena cari parking dekat luar dan naik pengangkutan awam, dia pun tak berapa nak layan aku sangat, yelah, orang tu tengah sibuk kawal trafik ko pulak sibuk pegi tanya macam2, mendapatlah..last2 aku jalan jugak cari spot untuk berhenti dan fikir next plan...
tak jauh dari simpang tadi aku jumpa taman macam tasik titiwangsa, terus berenti kejap, cari balik mana p+r yg terdekat untuk aku parking dan naik public transport untuk ke bandar amsterdam, cari dekat dalam here maps p+r yg paling dekat dengan aku sekarang ialah p+r vumc, tak sampai 5 min pun drive, cantik...
dah sampai pintu masuk ke parking p+r vumc, nampak jelas dari jalan besar, macam biasa masuk ambik tiket... |
bagus betul here maps ni, walaupun kita guna apps ni offline pun masih sangat efisien, tak rugilah aku download sebesar2 map europe ni masuk dalam phone, kalau search offline tak jumpa pun takpe, zoom in manual mesti jumpa tempat kita nak pergi...
cari parking..cari parking..
dah dapat parking aku pun cari mesin ni nak beli tiket tram, dah jumpa mesin ni aku tengok ada nota yg ditampal, kalau zoom boleh nampak 'no p+r on sunday 15th october', hari ni lah tu maksudnya..aduii masalah lagi, maksudnya apa? takde tram ke bandar? tak boleh parking? parking dengan normal rate? kalau betul normal rate parking harga boleh pengsan oi, tujuan aku parking kat sini memang nak mengelakkan drive dalam bandar dan sebab p+r ni murah..aku baru google artikel di atas, masa aku pergi ni takdelah aku ambik tau sangat pasal benda ni, rupa2nya memang masa amsterdam marathon berlangsung kawasan bandar akan ditutup sepenuhnya, kereta memang tak boleh masuk langsung, sampaikan public transport pun dihadkan jugak, maksudnya ada setengah2 tempat je yg ada akses public transport memasuki bandar.. jadi ceritanya aku dah terperasan masa nak sampai p+r ni jalan lengang, kenderaan dan orang awam boleh dikira, tak logikla tempat tumpuan macam ni takde orang kan, dekat parking ni pulak kereta banyak mungkin kereta yg dah ditinggalkan lama, mungkin..
so aku buat keputusan taknak beli tiket dulu, aku nak tengok2 kat luar kalau ada info pasal transport ke bandar sambil tengok2 sekeliling.. memang, takde nampak langsung bas atau tram yg lalu dekat stesen luar p+r ni, lama jugak aku tunggu tak muncul2 jugak, aku andaikan memang hari ni public transport takde lalu dekat sini...
jadi apa yg berlaku? aku ubah plan untuk guna itinerary yg sepatutnya aku gunakan esok, terus gerak ke zaanse schans, masa ni aku fikir kalau nak proceed jugak itinerary hari ni akan jadi tak relevan sebab nak kena fikir mana lagi p+r yg beroperasi untuk ke bandar, cari jalan, parking dan transport akan jadi menyusahkan dan membuang masa...
turun balik pergi ke mesin, bayar 1 euro dan terus keluar menuju ke zaanse schans...
ok proceed, set maps amsterdam to zaanse schans...
tengok sendirilah, sunyi kan luar p+r ni, jalan lengang, stesen kosong...
lalu balik simpang yg tutup tadi, aku susur ke kanan jalan yg aku masuk tadi, yg tak tau jalan tutup kena u turn balik dekat sebelah kiri tu...
20 min memandu aku sampai ke kawasan letak kereta zaanse schans, parking agak sesak dengan kereta dan bas yg banyak, hari minggu memang tempat ni jadi tumpuan, yelah, tarikan dunia kan... jadi masa buat itinerary aku dah tengok2 parking dekat semua tempat yg aku nak pergi, option kedua aku dekat zaanse schans ni adalah street parking di seberang sungai, free pulak tu, kalau parking di zaanse schans kena bayar 9 euro...
map tempat aku parking, masa aku parking ni spot tu je yg kosong, boleh je kalau nak cari parking dekat belakang2 atau atas pada de bleeke dood tu, jumpa petak parking yg takde warna lain yg biasanya reserve tu kira parking free lah, jalan kaki pun tak jauh, boleh layan suasana dekat sini, windmill de bleeke dood tu pun cantik, terletak betul2 dekat simpang jambatan nak ke zaanse schans...
style jugak rumah2 dekat sini...
dari tempat parking tadi berjalan dah dapat layan pemandangan macam ni...
de bleeke dood
pergh!! rumah dia view menghadap zaanse schans...
Abaikan kaklong, perhatikan awek2 style di belakang...
bahagia hidup si kambing...
satu diantara deretan windmill di zaanse schans...
jeti bot pelancong, mesti best pusing2 naik bot ni, tapi aku tak naik pun...
cantik pulak aku tengok deco truck ice-cream ni...
tiada atau malas suruh orang ambilkan gambar?selalu tiada momen bersama? jangan risau, gunakan gopro, kecil, ringan dan paling best ianya wide angle, he3..
segala semak dan serabut di amsterdam tadi hilang bila sampai disini...
memang cantik, seperti yg selalu diceritakan...
tak pasti yg berbasikal ni lokal atau pelancong, tapi yg pasti tak berjumpa lagi orang melayu setakat ini...
lebih kurang 2 jam di zaanse schans, pukul 2 petang aku bertolak ke destinasi seterusnya iaitu volendam harbour, google tengok gambar tak boleh tahan so kena pergi jugak, tak jauh pun..
perjalanan dari zannse schans ke volendam melalui jalan kampung dengan pemandangan yg sayup dan rumah2 berciri tradisional...
parking berdekatan dengan volendam museum...
parking disini tidak menggunakan mesin, hanya perlu beli kad ini di kedai2 berhampiran, harganya 2 euro dan boleh digunakan berulang kali di semua tempat2 yg menggunakan sistem sama, had maksimum satu jam setengah sekali masuk...
singgah dulu pasaraya deen nak beli air...
evian besar 0.95 euro, apalagi...
disini cukup meriah dengan pengunjung, orang tempatan pun suka, tambah pulak kita kan, berdouble2 lah sukanya...
mata stim minum air evian, kalau kat kl takde pasal aku nak beli air ni...
makanan yg diorang jual ni serius bau sedap giler beb, balik dari trip ni ade member bagitau halal, haishh..
suasana bercirikan tradisional dengan orang tua yg sedang duduk, ade pulak budak pakai pakaian dutch, memang terasa belanda betul...
volendam harbour
sedapnya couple tu baring atas rumput menghadap laut, kira romantik habis dah tu, nasib baik kaklong tak meroyan ajak aku baring sama...
mesin jual tiket feri??
dah, jom pegi giethoorn pulak, melayan lepak kat sini sehari pun tak cukup...
next-giethoorn, yg ni terasa jauh, dengan speed limit jalan kampung yg sempit, aku rasa 60kmh paling slow kot, memang 2 jam la nak sampai...
windmill berderet di perjalanan, ini dekat highway..
masuk je jalan kampung kena ikut speed sign yg slow, nak langgar hadlaju tak berani pulak takut kena speed trap.. masa ni kena berhenti sebab jambatan terangkat, ada kapal nak lalu...
pukul 5.30pm sampai giethoorn, senang nak cari, set dekat maps akan bawak terus ke parking, takde apa2 bayaran pun...
tenang je tempatnya...
tempat ni cantik sebab design rumahnya,laman yg cantik, ada taman dan dikelilingi air...
kami duduk melayan sekejap suasana dekat sini..
rumah tu aku rasa kosong, ada banyak jugak rumah2 lain yg aku perasan macam tak berpenghuni...
perjalanan ke hotel kami malam ni di amersfoot jadi dari giethoorn tidak melalui jalan yg sama dari volendam tadi, yg ni aku rasa cepat sebab jaraknya lebih dekat dan lalu jalan kampung tak lama, sekejap je drive dah masuk highway, lega...7.20pm, hari dah mula gelap, ni dah nak dekat sampai hotel... |
![]() |
hotel campanile amersfoot, nak tempah hotel dekat amsterdam mahal so ambikla hotel ni.. pic credit google&booking.com |
check in dulu..
38.50 euro per night
bilik lengkap dan selesa, campanile tidak mengecewakan setakat ini...
masuk bilik dan selesaikan apa yg patut, nasi pun dah masak, selesai makan lepak2 kejap, baring2 atas tilam sekejap dah lelap...Expenses Day 3
parking p+r vumc : 1 euro
air evian : 0.95 euro
kad parking volendam : 2euro
hotel campanile amersfoot : 38.50 euro
TOTAL = 42.45 euro / rm 215.20