kembara di musim luruh, cuacanya tidak menentu di setiap negara, ada ketikanya langit cemerlang, mendung, berkabus dan sejuk... |
seperti coretan2 sebelum ni, trip kembara kali ini juga aku akan perincikan segala perjalanan, perbelanjaan dan lain2 perkara dalam entry seterusnya, entry kali ni hanya sekadar coretan sepintas lalu, boleh dikatakan semua negara dan tempat yg dirancang berjaya dijejaki (france-Belgium-netherland-Germany-Switzerland-England) kecuali italy yg pada saat2 akhir sebelum bertolak terpaksa dilupakan atas faktor kekangan masa, kalau nak diteruskan jugak boleh tapi aku takkan ada masa untuk explore satu2 tempat dan waktu rehat akan terbatas, kesihatan kena diutamakan, trip ni takde backup kalau aku jatuh sakit atau faktor2 lain yg boleh orang lain tolong cover...
di tempat kereta sewa paris cdg airport, kereta yg sangat baru dengan mileage hanya 1000 km, selesa dan jimat minyak... |
stesen keretapi vilvoorde, belgium..menaiki train utk ke bandar brussels, stesen ini sudah berusia lebih 100 tahun... |
brussels, bandar yg sentiasa penuh dengan lokal dan pelancong.. |
antara deretan bangunan di kawasan grand palace, brussels.. |
cara persembahan yg menarik dan aroma yg memikat, lokasinya yg sangat hampir dengan manneken piss membuatkan belgium waffle ini wajib dicuba... |
kawasan 'RNR' di sempadan belgium-netherlands, berehat2 dahulu sebelum ke amsterdam... |
lebuhraya belgium-netherlands tiada tol,jalannya sehingga 5 lorong, sikap dan cara pemanduan di sini sangat berhemah, hebat.. |
zaanse schans, destinasi wajib bagi mereka yg berkunjung ke netherlands... |
kincir angin yg masih tersergam indah menjadi daya tarikan pengunjung... |
deretan pokok di kawasan zaandam yg telah luruh kering sepenuhnya, mengharap akan berjumpa suasana luruh kekuningan.. |
volendam harbor, sesak dengan lokal yg memenuhi deretan kafe2, bau masakan pelbagai jenis yg sedap membuatkan perut berirama, kalaulah halal... |
kincir2 angin gergasi yg dipacakkan di sepanjang lebuhraya, mula2 teruja, lama2 biasa... |
perkampungan air giethoorn, hampir 2 jam dari volendam.. |
antara hotel2 yg ditempah pada trip kali ini, selesa... |
Amsterdam, bandar yg kurang mesra kereta, basikal dan pengangkutan awam mendominasi jalan... |
mudah dijumpai, terletak di tepi jalan utama... |
Canal cruise, menyusuri bandar amsterdam dengan bot juga menjanjikan pengalaman yg menarik... |
amsterdam red light district, malamnya lebih 'meriah'... |
industri pelacuran legal disini bahkan ada muzium dan pameran khas untuknya.. |
hentian untuk tram, mudah diakses dengan paparan skrin maklumat... |
jejaknya sampai di sini... |
selalunya bermain di playstation dari dulu2 sampai sekarang, berangan2 nak kesini, akhirnya jadi kenyataan..nurburgring, germany.. |
audi track day sedang berlangsung... |
nurburgring main entrance |
harga sebuah harley davidson disini serendah 8000 euro, murah... |
disinilah model2 porsche dilahirkan... |
pelawat kebanyakannya warga tempatan, ada juga kumpulan anak2 sekolah dan korporat.. |
'bandar' mercedes di stuttgart... |
antara model awal mercedes benz |
AMG GTS, harganya di malaysia lebih rm 1 juta.. |
pasaraya di allmersbach, singgah membeli stok bekalan.. |
hanya 0.60 sen sekotak! |
barang2 makanan sangat murah di german, air mineral 1.5 liter di atas harganya hanya 1 euro untuk 6 botol, speechless.. |
penginapan ala camping yg damai ini cuma berharga 18 euro semalam, lengkap dengan wi-fi percuma.. |
melalui bandar2 dari stuttgart ke switzerland... |
switzerland vignette, hanya 40 chf dan pandulah di serata ceruk switzerland selama setahun, lesen IDP juga tidak perlu... |
kabus yg memutih,jarak penglihatan terhad, harus lebih berhati2.. |
zurich, memandu dan berkongsi jalan dengan tram bukanlah sesuatu yg menyeronokkan...
koleksi yg ke 4 dalam trip ni...
koleksi yg ke 4 dalam trip ni...
terima kasih tuhan...
seperti zurich, Lucerne juga antara bandar2 utama di switzerland..
gah sebagai pusat perbankan sedunia...
kapellbrucke, tidak malap walau sudah begitu tua...
menikmati pemandangan sebegini sepanjang perjalanan membuatkan penat memandu tidak terasa...
fungsi MultiBand 6 menerima isyarat dari seluruh dunia selaras dengan waktu tempatan, sangat praktikal...
penginapan di iseltwald, balkoni menghadap tasik dan swiss alps ditemani kopi panas adalah terapi yg terbaik...
kediaman2 penduduk di kejiranan hotel, penuh dengan ciri2 tradisi swiss...
momen matahari terbenam, lama terpaku disini...
akan bersambung di entry seterusnya...