Thursday, 14 September 2017

Persiapan Kembara Eropah 2017

Agak lama tak update blog ni, maklumlah bukan blogger sejati yg banyak idea nak menaip, asalkan ada rekod cerita nak tengok2 balik nanti kira ok lah..
pic credit google
Jadi kisahnya kalau nak diikutkan lagi sebulan je aku nak pergi europe dengan negara yg nak dilawati adalah France-Belgium-Netherlands-german-Switzerland-England dan italy kalau sempat. Itinerary tak complete lagi sebab banyak keje dan banyak sangat reroute map jadi tak dapat nak finalise tempat2 mana yg patut singgah... highlight trip ni adalah switzerland dan london jadi untuk kedua2 negara ni aku spend lama sikit berbanding negara2 lain.. aku taknak atur banyak sangat tempat dalam sehari takut tak cukup masa..
pic credit google
Bab hotel dan transport method dari paris-london pun satu hal jugak, plan asalnya nak tempah eurostar train paris-london, untuk option yang paling murah boleh guna bas ekspress, tapi perjalanannya memakan masa 9 hingga berbelas jam lah, kalau nak bawak kereta boleh guna feri untuk menyeberang..
pic credit google
Untuk tempahan tiket eurostar dibuka 3-4 bulan dari tarikh bertolak, awal2 hari tu aku tengok tiket lebih kurang 70 euro pergi-balik, itu kira paling murah dan kena ikut masa2 tertentu untuk dapat harga tu, kalau aku nak tempah ikut masa yg aku nak harganya jadi lebih kurang 90 euro, boleh tahan mahal, jadi waktu tu aku abaikan dulu, aku lupa yg tiket eurostar ni tempah makin lewat makin mahal, last2 bila aku teringat balik baru2 ni yg aku tak beli lagi tiket nak ke london aku bukakla balik website eurostar, harga tiket dah jadi lebih kurang 100 euro return, itupun bukan waktu yg aku nak, jadi kesimpulannya disini kalau dah ada itinerary tetap dan memang nak travel dengan train atau bas beli je awal2 untuk mendapatkan harga yg murah, hotel dan kereta sewa booking lewat pun takpe, lebih kurang je harganya kalau currency stabil n maintain...
berbalik cerita eurostar tadi akhirnya aku buat keputusan naik flight je, search ticket ada pilihan yg ok macam ryanair, vueling atau easyjet, tapi bila total sekali dengan luggage mcm lebih kurang je harganya, pilihan masa pun terhad, airport pulak jauh dari bandar jadi agak tak praktikal, end up masuk je website british airways dan beli terus tiket flight berharga 122 euro return Paris cdg-london heathrow, luggage 23kg dah termasuk sekali, depart n return pun dekat main airport,fikir2 balik senang jugak naik flight, masa jimat, lagipun masa nak return kereta dan hotel nanti dekat paris airport, kereta sewa dekat london pun dekat airport jugak jadi dengan naik flight dengan faktor2 tadi sangat memudahkan perjalanan...
pic credit google
Untuk pengangkutan di london nanti aku dah set nak pergi ke bicester village untuk shopping, dah alang2 ke bicester tu ingat nak singgahla sekali ke english village cotswolds dan kampung2 english yg berdekatan, swindon designer outlet pun dah tak jauh so bolehla singgah kalau sempat, nak guna public transport untuk ke tempat2 yg aku plan ni agak tak praktikal jadi aku sewa kereta dari heathrow airport selama 2 hari dengan bayaran 23 euro, habis jalan2 di luar london kereta akan dihantar kembali ke airport dan masuk jalan2 bandar london guna tube underground...
pic credit google
Penginapan untuk trip europe ni pulak boleh dikatakan 90% dah ditempah dengan anggaran harga serendah 16 euro hingga 65 euro semalam dengan penginapan di switzerland adalah yg paling mahal sepanjang trip ni.. harga hotel ni pun banyak bergantung pada faktor bila tarikh yg kita nak tempah, kalau kena dengan tarikhnya bukan peak season atau public holiday, weekend n etc dapatla harga yg murah, tapi kalau dah plan tarikh travel memang tak boleh nak elak dah, nak taknak kena booking jugaklah walaupun harganya tinggi..haritu aku ada cerita nak try booking penginapan ala2 homestay dekat airbnb  tetapi atas faktor2 yg aku dah pertimbangkan dan untuk mengelakkan masalah2 yg boleh merosakkan trip ada lebih baik aku booking hotel, kebanyakan hotel2 yg aku dah tempah adalah dari booking,com dan di london aku tempah di website travelodge sebab dekat booking.com atau agoda hotel travelodge takde dalam list untuk tarikh yg aku nak pergi, aku pun taktau kenapa, nak kata not available tak jugak sebab bila masuk dalam website travelodge ade je bilik, permainan jugak diorang ni...
sambung lagi nanti